
Kulit adalah organ terbesar manusia, ia lembut dan anjal. Kulit manusia terdiri daripada epidermis, dermis, tisu subkutan dan pelengkapnya. Pelengkap kulit termasuk kelenjar peluh, kelenjar sebum, rambut, kuku dan kuku kaki.
Tips
Kulit badan manusia yang paling nipis: Berada di bawah mata dan sekitar kelopak mata, dengan ketebalan kira-kira 0.3-0.5 mm.
Kulit badan manusia yang paling tebal: Berada di tapak tangan dan tapak kaki dengan ketebalan kira-kira 4mm.
Fungsi fisiologi kulit
– Kesan penghalang.

Kulit adalah seperti perisai, barisan pertama yang berhubungan dengan dunia luar dan melindungi tubuh manusia daripada ancaman luaran.Fungsi persepsi.
Kulit dapat merasai kesakitan, kegatalan, kepanasan, kesejukan, tekanan, dsb. Apabila tersentuh objek berbahaya, mereka boleh bertindak balas dengan segera untuk mengelakkan kecederaan.
– Pelarasan suhu.

Kulit juga dapat mengesan perubahan sekeliling dan mengawal suhu badan manusia. Kulit boleh mengeluarkan peluh dan haba melalui liang roma atau menutup liang roma untuk mengekalkan suhu badan untuk mancapai kesan penghangtan.
– Kulit mengambil bahagian dalam metabolisme seluruh badan.
Metabolisme kulit adalah 28-30 hari untuk satu kitaran. Kulit yang lama dan tua akan gugur secara beransur-ansuran dan kulit yang baru akan tumbuh semula dalam setiap kitaran.
– Rembesan dan perkumuhan.

Kulit merembeskan peluh melalui kelenjar peluh. Rembesan peluh boleh mengurangkan haba, melembapkan kulit dan mengeluarkan metabolit dalam badan.Kulit merembeskan sebum melalui kelenjar sebum, sebum membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit untuk melindungi dan melembapkan kulit.
– Fungsi penyerapan.
Secara klinikal, penggunaan rendaman ubat luar, cucian luaran, sapuan luaran, plaster luaran dan lain-lain untuk merawat penyakit mempunyai hasil yang baik sebab kulit mempunyai fungsi penyerapan.
Apakah cara untuk menilai kesihatan kulit ?
Jika ingin memiliki kulit yang sihat, anda mesti memahami fungsi fisiologi kulit dan adakah fungsi kulit normal terlebih dahulu, kemudian membuat pemerhatian keadaan kulit.
1 Perhatikan sama ada fungsi fisiologi kulit baik? (Rujuk 【Fungsi fisiologi kulit】)

2 Perhatikan sama ada warna kulit sekata? Hiperpigmentasi (bintik gelap) atau hipopigmentasi (bintik putih).

3 Perhatikan tahap kelembapan kulit? Kulit kering dan menggelupas atau bersisik.

4 Perhatikan keserian kulit? Adakah kulit merah berseri atau pucat dan kusam.

Perhatikan keanjalan kulit? Sama ada otot kelonggaran atau kendur.

6 Perhatikan sama ada tekstur kulit halus atau kasar?

7 Perhatikan kemampuan pemulihan kulit? Kesan calar atau luka sembuh dengan baik dan parut muncul atau tidak.

**Selepas pemerhatian di atas, jika mendapati kulit penuaan atau degenerasi fungsi kulit, jangan panik, topik yang seterusnya akan memberitahu anda bagaimana untuk memastikan kulit anda sentiasa muda.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


