Pesakit: 45 tahun
Tarikh: 22 Jun 2023, Lawatan pertama
Masalah utama: Kehilangan deria pendengaran pada telinga kanan selama 2 minggu
Pada lawatan yang pertama ini, pesakit sudah 22 minggu mengandung. Beliau juga menghidap diabetes mellitus gestasional. Selain itu, beliau juga didapati trombosis dalam saluran darah, oleh itu beliau diberi aspirin oleh ginekologi.
“Hi Praktitioner TCM, masalah utama saya adalah telinga kanan tiba-tiba kehilangan deria pendengaran pada 6/6/2023. Di samping itu, saya mengalami tinnitus dengan bunyi berdegung, seperti kapas tersumbat di dalam telinga. Oleh itu, saya cuma dengar bunyi berfrekuensi tinggi sekarang.”
“Adakah anda mengalami sebarang masalah sebelum mengalami keadaan kehilangan pendengaran seperti demam?”
“1 minggu sebelum keadaan ini berlaku, saya mengalami tekanan daripada masalah keluarga. Saya telah pengsan 2 kali kebelakangan ini.”
“Saya adalah seorang pensyarah yang mengajar melalui kelas dalam talian, suka menggunakan headset dari semasa ke semasa. Tetapi selepas berlakunya keadaan kehilangan deria pendengaran pada telinga kanan, saya sudah berhenti menggunakannya.”
Selepas penjelasan yang terperinci, saya mengambil keputusan untuk memberikan rawatan akupuntur tanpa memberikan ubat makan herba Cina.
2023 24 Jun Lawatan Kedua:
Sejak rawatan yang diberikan 2 hari lalu, pesakit mula dapat mendengar frekuensi bunyi pertengahan kelmarin.
Rawatan: Akupuntur
2023 29 Jun Lawatan ketiga:
Minggu ini, pesakit telah 23 minggu mengandung.
“Hi Praktitioner TCM, 1 minggu selepas sesi akupuntur, telinga kanan saya kelihatan semakin baik. Saya sekarang dapat mendengar suara dari sekeliling, berasa seperti kertas nipis menghalang dalam telinga. Sekarang saya boleh mendengar bunyi berfrekuensi rendah.
Hari ini, pesakit membawa laporan tahap pendengaran dari ENT specialist centre. Laporan tersebut menunjukkan peningkatan pendengaran yang sangat tinggi dan perasaan gembira beliau dapat dirasai dengan jelas. Saya amat gembira dengan keadaan beliau, ini berita yang amat baik. Kita meneruskan sesi rawatan akupuntur untuk beliau lagi untuk kali ini.
Rawatan: Akupuntur
2023 2 Julai Lawatan keempat:
Pesakit kelihatan optimis terhadap peningkatan tahap pendengaran yang semakin baik.
Suhu beliau juga tidak sejuk seperti dahulu. Keadaan tidur beliau juga bertambah baik.
Pencernaan kurang baik.Berasa lega cuma selepas sendawa.
Rawatan: Akupuntur
2023 6 Julai Rawatan kelima:
Minggi ini beliau sudah 24 minggu mengandung.
Telinga kanan sudah kelihatan bertambah baik. Pesakit berasa tinnitus dengan bunyi berdegung juga berkurangan.
Beliau mempunyai selera makan yang baik dan dapat tidur nyenyak.
Hari ini beliau rasa sedikit pening.
Rawatan: Akupuntur
Analisis Kajian Kes :
Dari pandangan luaran pesakit tinggi dan kurus, kita dapati beliau bertubuh lemah. Pada lawatan yang pertama, beliau telah 22 minggu mengandung tetapi pada pandangan pertama, kita tidak akan perasan. Pesakit tiba-tiba mengalami kehilangan deria pendengaran di telinga kanan pada bulan Jun. 1 minggu sebelum keadaan ini berlaku, beliau menghadapi tekanan daripada perkara keluarga dan pengsan 2 kali pada masa itu. Justeru, kita memahami keadaan ini banyak berkaitan dengan perasaan emosi.
Pesakit adalah seorang pensyarah yang mengajar atas talian, memakai headset untuk berkomunikasi dengan murid setiap hari. Dengan kelihangan deria pendengaran yang tiba-tiba berlaku, beliau mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan headset dan ini memberi pengaru kepada pekerjaan beliau. Pesakit datang berjumpa dengan kita untuk mencari cara penyelesaian untuk masalah ini.
Buku bacaan purba TCM《素问·阴阳应象大论》mengatakan “Telinga berkaitan dengan buah pinggang.”
Dalam kajian Perubatan Tradisional Cina (TCM), buah pinggang menyimpan “Jing”, di mana esensi atau bahan untuk badan fizikal. “Jing” akan menghasilkan cecair seperti sumsum. Kewujudan kedua-dua “Jing” dan sumsum memberi sumbangan kepada telinga yang berfungsi baik. Ini sebabnya kenapa dikata “Telinga berkaitan dengan buah pinggang.” Semasa fungsi pendengaran berkurangan, fungsi buah pinggang menunjukkan berkurangan secara tidak langsung dan ini sering berlaku dalam golongan warga tua.
Pesakit ini sedang mengandung, “Jing” beliau, esensi buah pinggang diedarkan kepada bayi dalam perut; oleh itu impak sementara tiba-tiba kehilangan deria pendengaran berlaku. Selepas rawatan akupuntur kelima tahap pendengaran beliau meningkat ke kadar 70%-80% di mana laporan positif diberikan.
Apakah cara untuk membantu?
1. Cara pemakanan yang sihat.
Masalah utama pesakit adalah beliau mempunyai tubuh dan buah pinggang yang lemah. Oleh itu pengambilan makanan yang meningkatkan tenaga buah pinggang adalah digalakkan.
Contoh 1: Buah Gorgon
Buah Gorgon adalah biji matang dari tumbuhan bunga yang diklasifikasikan dalam keluarga teratai Nymphaeaceae. Bijinya dikumpul pada hujung musim luruh sehingga awal musim sejuk, mereka mengopek tumbuhan tersebut, mengutip bijinya dan dikelupas serta dikeringkan di bawah matahari. Buah Gorgon sumber makanan karbohidrat, protein dan mineral; seperti calcium, iron, zinc dan selenium.
Contoh 2: Kacang hitam
Kacang hitam adalah dikira sebagai kekuatan nutrisi yang kaya dengan protein berasaskan tumbuhan, serat dan antioksidan yang membantu mengurus kesihatan kita. Warna kacang ini hitam seperti warna buah pinggang, oleh itu kacang hitam dikira sebagai esensi nutrisi untuk membantu meningkatkan fungsi buah pinggang.
Salah satu buku bacaan purba TCM herba《本草纲目》mengatakan: “Yam Cina adalah raja tonik herba semulajadi untuk buah pinggang dan boleh dimasukkan dalam hidangan harian kita.
Kastanye adalah salah satu makanan yang membantu fungsi buah pinggang. Rasanya manis dan dikatakan makanan hangat. Tiada racun. Kastanye diumpamakan sebagai meridian limpa, perut dan buah pinggang mengikut kategori.
2. Senaman untuk akupoint pada telinga.
Mengurut kedua-dua belah telinga membantu peredaran tenaga mengalir mengikut laluan.
TCM percaya “Telingan adalah berkaitan dengan buah pinggang.”
Mengurut dan menarik hujung telinga:
Mengurut hujung telinga menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, dari ringan hingga kuat dan berhenti ketika telinga kelihatan sedikit merah. Mengulangi urutan ini 30 kali setiap sesi.
Meramas heliks telinga:
Mengurut heliks telinga dari atas ke bawah mengikuti bahagian tepi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga telinga kelihatan sedikit kemerahan dan hangat. Mengulangi urutan ini 30 kali setiap sesi.
Urutan Lorong Telinga:
Dengan hujung jari telunjuk bergerak ke dalam lorong telinga dan memusing secara perlahan. Kemudian mengeluarkan jari telunjuk dengan cepat dalam masa satu saat untuk mencapai gegaran ringan dalam telinga, ini membantu meningkatkan tahap pendengaran fungsi telinga.
Urutan belakang telinga:
Mengurut bahagian belakang telinga menggunakan jari telunjuk dan jari tengah.
3. Pemulihan minda.
Teori lima elemen dalam TCM membahagikan tubuh manusia kepada lima sistem. Setiap sistem mempunyai ciri-ciri sendiri yang tertentu, bergantung, melaras dan berseimbangan antara satu sama lain. Jika hubungan keseimbangan terganggu, badan akan jatuh sakit. Organ kita berkait rapat dengan perasaan emosi sendiri, seperti gembira, marah, gelisah, sedih dan takut. Buah pinggang adalah berkaitan dengan emosi ketakutan. Jika buah pinggang diberi tenaga dan darah yang mencukupi, perasaan ketakutan akan hilang dan emosi kembali tenang dan aman.
4. Penyesuaian kepada suhu persekitaran.
Pesakit yang mempunyai tenaga vital yang kurang disebabkan oleh kelemahan tenaga organ buah pinggang perlu berjaga-jaga semasa terdedah kepada persekitaran sejuk. Semasa cuaca sejuk, penjagaan perlindungan kehangatan adalah digalakkan. Semasa cuaca panas, peningkatan Qi adalah digalakkan. Disebabkan oleh cuaca yang panas dan iklim, liang pada permukaan kulit membuka untuk melepaskan minyak dan peluh. Seperti aktiviti perkemahan yang berada di luar untuk jangka masa yang panjang dalam persekitaran yang sejuk dan lembap adalah tidak digalakkan. Meniup kipas secara langsung ke badan juga tidak digalakkan. Jika kita berada di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin, kita harus mengambil perhatan atas perubahan suhu dalam dan luar bilik. Kalau kita mengabaikan Qi, kesan sampingan kepada pendedahan angin dan sejuk boleh menyebabkan badan dan muka kebas.
5. Senaman fizikal.
Satu pepatah TCM berkata “pergerakan membawa kepada tenaga Yang”. Jika sesiapa menghadapi keadaan kekurangan tenaga disebabkan oleh kelemahan organ buah pinggang, dia harus menguatkan badan dengan melakukan senaman fizikal. Kita menggalakkan senaman dibuat 1-2 kali sehari. Jenis senaman dipilih mengikut keadaan badan individu, senaman seperti berjalan-jalan, jogging, Taiji, Qi Gong, aktiviti permainan bola dan menari.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English