Apakah Helicobacter Pylori?

  • Helicobacter pylori (yang biasanya dirujuk sebagai H. pylori atau HP) ialah bakteria berbentuk berpilin dan mikroaerofilik yang boleh menjajah dan hidup dalam perut manusia. Ia mempunyai keupayaan pergerakan dan pembiakan yang tinggi, serta melekat pada mukosa gastrik dan ruang antara sel.
  • Ia merupakan bakteria yang mampu hidup dalam persekitaran berasid tinggi di dalam perut manusia.
  • Jangkitan H. pylori telah diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai karsinogen Kumpulan I bagi manusia dan juga salah satu punca yang menyebabkan kanser perut.

Risiko Jangkitan H.Pylori

  • Dalam kalangan individu yang dijangkiti H. pylori, kira-kira:
    • 15%–20% akan mengalami ulser peptik
    • 5%–10% mengalami dispepsia (masalah penghadaman)
    • Sekitar 1% mungkin menghidap ketumbuhan malignan gastrik, termasuk kanser perut dan limfoma tisu limfoid berkaitan mukosa (MALT)

Cara-cara Penularan

  • Manusia adalah satu perumah semula jadi bagi Helicobacter pylori, bakteria ini kebanyakannya terdapat dalam air liur, plak gigi, perut, dan najis manusia.
  • Laluan penularan termasuk:
    • Mulut ke mulut: berkongsi peralatan makan atau cawan minuman
    • Perut ke mulut: kandungan perut yang mengalami refluks ke dalam mulut dan disebarkan melalui air liur
    • Najis ke mulut: bakteria dikeluarkan melalui najis dan disebarkan melalui tangan atau permukaan yang tercemar

Cara Penularan:

  • Mengambil makanan atau minuman yang tercemar
  • Penularan melalui perkongsian makanan atau peralatan makan
  • Penularan melalui ciuman
  • Penularan daripada ibu kepada anak

Apakah gejala yang mungkin muncul?

Selepas jangkitan Helicobacter pylori, kira-kira 70% daripada individu yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia selalunya sukar didapati kecuali manjalani ujian khusus seperti ujian nafas urea Karbon-13 atau biopsi gastrik melalui gastroskopi yang dilakukan oleh pakar gastroenterologi.

1. Gejala utama termasuk pedih ulu hati, rasa masam (asid refluks), sakit perut, dan mulut berbau.
2. Ia boleh menyebabkan gastritis kronik, dengan gejala biasa seperti ketidakselesaan di bahagian atas perut, sendawa, asid refluks, loya, dan muntah. Penyakit ini berkembang secara perlahan tetapi mudah berulang.
3. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan pada mukosa perut, dengan pelbagai gejala klinikal. Ramai pesakit akan mengalami asid refluks, sendawa, dan rasa kembung atau angin di perut.

Ciri-ciri jangkitan H. pylori dalam kalangan kanak-kanak:

1. Risiko untuk mendapat penyakit serius akibat jangkitan H. pylori dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat rendah. Kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala yang jelas, manakala sebilangan kecil mungkin mengalami gejala pencernaan seperti ketidakselesaan perut, loya, muntah, atau refluks asid.
2.
Kadar jangkitan semula selepas H. pylori dibasmi cenderung lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Sebaliknya, kadar jangkitan berulang dalam kalangan orang dewasa selepas rawatan berjaya adalah agak rendah.
3. Semasa proses pembesaran dan perkembangan, kanak-kanak mempunyai kadar penyingkiran tertentu, dianggarkan sekira 10%. Namun, dalam kalangan orang dewasa, jangkitan H. pylori biasanya tidak akan hilang sendiri jika tanpa rawatan.

Bagaimanakah jangkitan H. pylori disaring?

  • Ujian invasif – Biopsi gastroskopik
  • Gastroskopik membolehkan pemerhatian langsung pada lapisan dalam perut dan juga mengambil sampel tisu untuk ujian biopsi. Semasa biopsi dijalankan, Helicobacter pylori boleh didapati.
  • Jika H. pylori didapati positif, ujian kultur bakteria dan ujian kepekaan terhadap antibiotik boleh dilakukan. Ini boleh membantu supaya menentukan ubat yang sesuai untuk rawatan.
  • Ujian Tidak Invasif

1. Ujian Pernafasan:
Ini termasuk ujian pernafasan urea Karbon-13 atau Karbon-14. Ia mudah dan cepat — pesakit hanya perlu “meniup ke dalam peralatan” untuk mengetahui jumlah Helicobacter pylori dalam badan. Dengan ketepatan melebihi 95%, ia merupakan kaedah pilihan utama untuk mengesahkan jangkitan H. pylori.

2. Ujian Antibodi Darah:
Ujian ini mengesan antibodi H. pylori dalam darah bagi menentukan sama ada pernah berlaku jangkitan. Namun, ia hanya dapat menunjukkan pendedahan terdahulu dan tidak dapat mengesahkan secara tepat sama ada terdapat jangkitan aktif semasa.

3. Ujian Antigen Najis:
Ujian ini agak mudah dan tidak invasif kerana tidak memerlukan pengambilan sampel daripada badan. Ia mempunyai kepekaan dan kekhususan yang baik untuk mengesan jangkitan aktif semasa, walaupun keputusannya boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor luaran.


Adakah peralatan makan yang digunakan oleh individu yang dijangkiti Helicobacter pylori masih boleh menyebarkan jangkitan selepas dibasuh beberapa jam?

  • Helicobacter pylori ialah sejenis bakteria yang memerlukan keadaan yang sangat khusus untuk hidup berterus. Ia bersifat mikroaerofilik, bermakna ia tidak dapat hidup lama di luar tubuh manusia.
  • Pada suhu bilik, H. pylori hanya boleh hidup di permukaan objek selama kira-kira 90 minit. Oleh itu, pada peralatan makan yang telah digunakan oleh individu yang dijangkiti, bakteria ini hanya boleh hidup lebih kurang satu jam setengah. Lama-kelamaan, jumlah bakteria akan berkurang secara beransur-ansur sehingga mati.
  • Oleh itu, secara umumnya, jika peralatan makan telah dibasuh dengan bersih dan dibiarkan kering, penggunaannya mengguna selepas beberapa jam tidak akan membawa risiko penularan H. pylori.


Bagaimanakah cara mencegah jangkitan H. pylori dalam kehidupan harian?

1. Amalkan tabiat makan yang sihat:

  • Gunakan penyepit dan sudu hidangan berasingan apabila berkongsi makanan
  • Kurangkan makan di luar; makan di rumah sebanyak mungkin
  • Jika ahli keluarga dijangkiti H. pylori, mereka harus menggunakan peralatan makan yang berasingan
  • Sediakan peralatan makan khas untuk kanak-kanak bagi mengelakkan perkongsian dengan orang dewasa
  • Elakkan mencium mulut kanak-kanak

2. Amalkan kebersihan diri yang baik

  • Seteril dan tukar peralatan makan secara berkala
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum makan dan selepas menggunakan tandas
  • Jangan berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi atau cawan; jaga kebersihan mulut

3. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat

  • Pastikan makanan bersih dan selamat
  • Elakkan makan makanan mentah dan minum air yang tidak bersih
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok dan hadkan pengambilan alkohol
  • Kekalkan keadaan mental yang positif
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam secara berkala untuk menguatkan sistem imun badan

4. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

  • Jika anda mempunyai tanda amaran kanser perut (seperti pendarahan gastrousus, muntah, penurunan berat badan, atau ketulan di bahagian atas perut), atau tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, dicadangkan untuk menjalani saringan awal kanser menggunakan endoskopi.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This