Artikel sebelum ini: “Apa yang Kulit Ingin Beritahu Anda” Cara Mengekalkan Kulit kita (2) Kawan-kawan yang belum membaca artikel sebelum ini boleh klik di sini, memahami cara pemakanan dan senaman harian boleh membawa perubahan terhadap kesihatan dan kulit.
Mai kita meneruskan artikel yang seterusnya~

TCM mengatakan “Pengawalan luaran mempengaruhi dalaman”, TCM dapat menilai keadaan organ dan meridian badan berdasarkan ciri-ciri luaran tubuh manusia. TCM juga mengatakan “apa yang berlaku dalam badan, ia menunjukkan tanda di luaran badan.” Seperti yang dikatakan dalam kitab purba《Ling Shu·Lun Ji Zhen Chi》, “dalaman diketahui dari luaran” bermaksud dengan pemeriksaan keadaan luaran badan, denga nada caranya untuk membuat perhatian terhadap perubahan dalaman badan.
1.Hubungan di antara lima organ dalaman dengan kulit

TCM percaya lima organ dalaman badan adalah berkaitan di antara satu sama lain dengan kulit.
Setiap organ dalaman mempunyai meridian sendiri yang berhubung dengan kulit, melalui meridian, fungsi organ dalaman dapat dinyatakan atas kulit.
Sebagai contohnya, paru-paru mempengaruhi kulit dan rambut, jika fungsi paru-paru diganggu, kulit mungkin akan mengalami kekeringan atau alergi; hati mempengaruhi meridian, ketidakseimbangan Qi pada hati mungkin menyebabkan kegatalan kulit, kudis dll simptom. Ini menunjukkan bahawa masalah kulit seperti kudis, gatal dan sakit adalah berkaitan dengan jantung.
2.Fungsi lima organ dalam dengan menifestasi kulit
Paru-paru dan kulit

TCM percaya bahawa paru-paru mengawal pengedaran udara, apabila Qi paru-paru lancar, kulit lembap berseri; apabila Qi paru-paru tidak mencukupi, kulit mungkin akan kering, kasar dan mudah mengalami kedutan, bintik-bintik dll masalah.
Jantung dan kulit

Hati mengawal pengaliran darah, apabila darah jantung mencukupi, warna kulit sihat dan merah berseri; apabila darah jantung tidak mencukupi, kulit mungkin akan kelihatan pucat serta mungkin muncul masalah seperti lebam dan berbintik-bintik.
Hati dan kulit

Hati mengawal peredaran Qi, apabila Qi hati lancar, kulit akan mengekalkan keadaan normal; apabila Qi hati tersumbat, ia mungkin menyebabkan masalah kulit seperti kegatalan, ekzema, kudis dll masalah.
Limpa dan kulit

Limpa mengawal penguraian air dan kelembapan, apabila Qi limpa lancar, kulit akan menunjukkan keadaan sihat; apabila Qi limpa lemah, ia mungkin menyebabkan masalah kulit seperti edema, jerawat dll.
Buah pinggang dan kulit

Buah pinggang mengawal sistem reproduksi dan pengeluaran air dalam badan, Qi buah pinggang mencukupi, kulit anjal dan lembut; Qi buah pinggang lemah, kulit kendur, kering, berkedutan dan warna kulit gelap.
3.Penggunaan rawatan TCM
Berdasarkan hubungan di antara lima organ dalaman dengan kulit, TCM merawat masalah kulit bermula dari lima organ dalaman untuk mencapai kesan pengubahbaikan.

Penyesuaian paru-paru: Melalui penyesuaian pernafasan dan peningkatan fungsi paru-paru, keadaan kulit kering, kulit sensitif dll dapat dikurangkan.
Penyesuaian jantung: Dengan penyesuaian pemikiran dan memastikan aliran darah dalam badan mencukupi serta lancar, keadaan kulit pucat, kusam dll dapat diperbaiki.
Penyesuaian hati: Dengan menenangkan hati serta Qi hati, keadaan kulit gatal, ekzema dll dapat dikurangkan.
Penyesuaian limpa: Melalui pengubahbaikan sistem pencernaan serta Qi limpa, keadaan kulit bengkak, jerawat dll dapat dikurangkan.
Penyesuaian buah pinggang: Melalui pengubahan Qi serta kekuatan buah pinggang, keadaan kulit kendur, kering dll boleh diperbaikan.
Kesimpulan

Hubungan di antara lima organ dalaman dan kulit berkait rapat, kita dapat memahami keadaan organ dalaman melalui kulit.TCM mengutamakan pengubahbaikan keseluruhan, masalah kulit dapat dikurangkan melalui peningkatan fungsi lima organ dalaman.Oleh itu dalam rawatan TCM, hubungan di antara lima organ dalaman dengan kulit komprehensif, masalah kulit yang spesifik adalah dibetulkan dengan komprehensif untuk mencapai kesan kesihatan dan kecantikan keseluruhan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


