Artikel sebelum ini berkata tentang lima organ badan manusia perlu dijaga, sedangkan kulit adalah organ badan yang paling besar, bagaimanakah kita menjaga kulit kita ?
1. Perlindungan luaran
1.1 Elakkan rangsangan sinaran kuat dan membuat pelindungan matahari

·Mengelakkan berada di depan TV, komputer dan screen telefon dengan jarak dekat untuk masa yang panjang, ini akan mempengaruhi keadaan kulit dan mata.
·Elakkan pendedahan kulit di bawah sinaran matahari yang kuat, kulit mungkin mengalami oksidasi dan menyebabkan penuaan kulit.

1.2 Kebersihan persekitaran rumah dan tempat kerja

·Memastikan pengaliran udara di rumah dan tempat kerja lancar. Di bilik berhawa dingin yang tertutup, keseimbangan kelembapan udara harus dijaga, dalam keadaan yang terlalu kering dan sejuk, kulit akan kekurangan air serta kekeringan, berkelupas dan gatal.
·Persekitaran rumah dan tempat kerja harus berada dalam keadaan bersih, kerap membersih untuk mengelakkan habuk berkumpul, menyebabkan alergi kulit, mata dan hidung.
·Pakaian peribadi seperti tuala mandi, tuala muka, seluar/baju dalam dsb, tidak berkongsi dengan ahli keluarga untuk mengelakkan penyakit kulit berjangkit.
·Rajin membersihkan cadar, sarung bantal dan cadar selimut setiap bulan, boleh membasmi kuman dengan suhu tinggi seperti merendam/mencuci dengan air panas, keringkan dengan suhu tinggi atau menjemur di bawah matahari.
1.3 Kebiasaan penjagaan kebersihan sendiri dan kulit

·Bermandi 1-2 kali sehari, boleh memilih suhu yang berdekatan dengan suhu badan, mungkin suhu yang tinggi atau rendah sedikit yang berasa selesa. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh menyebabkan iritasi pada kulit.
·Sebelum bermandi, memastikan sabun mandi dibersihkan. Selepas mandi, memastikan badan dikeringkan dan menggunakan produk kulit dengan jumlah yang sesuai.

·Membersihkan kulit 2-3 kali sehari mengikut keadaan pengeluaran minyak wajah, jika memakai solekan atau krim pelindung matahari maka pembersihan solekan diperlukan.
·Produk kecantikan muka juga perlu diguna berdasarkan keadaan kulit dan usia.
2.Penjagaan dalaman
2.1 Rutin harian yang teratur
·Diet makan yang diambil 3 kali pada waktu yang tetap dan mengambil makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, bijirin serta boleh mengambil diet yang ringan.
Mengelakkan makanan yang berlemak, diawet, diproses, kandungan gula tinggi dll. Untuk maklumat lanjut mengenai cara pemakanan, sila rujuk kepada《Apa yang kulit ingin beritahu anda》Cara mengekalkan kulit kita (2) di mana butir-butir lanjut boleh ditemui.
·Mengekalkan rutin berhajat besar setiap hari atau setiap dua hari, kuantiti sederhana dan lancar.
·Rutin tidur dicadangkan di antara 10pm hingga 12am pada masa yang sama setiap hari, kira-kira 6 hingga 10 jam, kualiti tidur yang baik.
2.2 Meningkatkan metabolisme badan

·Minum air dalam jumlah yang sesuai iaitu dalam lingkungan 1500ml hingga 3000ml, minum sesuap setiap 20 minit.
·Senaman yang bersesuaian boleh meninkatkan peredaran darah kulit, meningkatkan metabolisme dan membantu kulit mengeluarkan bahan metabolik dan sel mati dibawah kulit, membantu kulit kembali berseri dan elastik.
·Berpeluh dengan jumlah yang berpatutan baik untuk kulit kita, tapi elakkan berpeluh berlebihan. TCM percaya peluh dan darah berkait rapat, berpeluh berlebihan untuk masa yang panjang akan kehilangan banyak cecair dalam badan, Yin dan Yang dalam badan akan tidak seimbang.
3. Terapi teh penjagaan kulit

Kadang-kadang berhenti dari kehidupan harian yang sibuk untuk minum teh juga satu bentuk nikmat.
Minum teh adalah nikmat dan juga satu cara menjaga kesihatan, baik untuk tubuh dan minda, ramai orang mengamalkan tabiat minum teh untuk menjaga kesihatan dari zaman dahulu hingga kini.
Minum teh boleh mengurangkan lemak dalam badan yang berlebihan dan juga membantu mengatasi kulit berminyak.
Prac. Ong memilih 3 jenis teh di bawah untuk membuat pengenalan ringkas mengenai teh-teh ini yang boleh membantu dalam penjagaan kulit.

3.1 Teh Hijau

Terdapat pelbagai jenis teh hijau seperti Green Spiral, Xi Hu Dragon Well, Meng Ding Gan Lu, Yellow Mountain Fuzz Tip dll.
Dalam pernyataan dari “雷公炮制药性解,” teh hijau mempunyai sifat sedikit sejuk, rasa pahit dan manis.
Teh hijau boleh mengembalikan semangat, membantu mengurangkan rasa kenyang dan dahaga, mengurangkan rasa letih, melindungi dari radiasi, mengurangkan penuaan
Jumlah minum: 2-3 cawan sehari, kepekatan sederhana, rasa segar, manis dan harum.
Sesuai untuk individu: Makan makanan yang digoreng atau minyak berlebihan, demam, mulut kering/dahaga, sukar berhajat kecil.
Tidak sesuai untuk individu: Kekurangan zat besi atau anemia, perut sejuk atau gastrik, insomnia, hamil dan menyusu, haid atau haid yang berlebihan.
3.2 Teh Bunga Ros

Jenis-jenis bunga ros yang biasa dijumpa termasuk, ros cahaya, ros pinggiran emas, ros merah gelap, ros HeTian, ros PingYin dll.
Dalam pernyataan dari “食物本草” karya Yao Kecheng, rasa manis serta sedikit pahit, hangat, tidak beracun.
Penggunaan utama bunga ros adalah melancarkan pengaliran Qi darah dalam badan, mengurangkan tekanan emosi, melancarkan haid dan mengurangkan sakit.
Teh Bunga ros boleh membantu dalam fungsi hati dan limpa, melancarkan Qi darah, penjagaan kulit, mengurangkan tekanan emosi, meningkatkan kualiti tidur, mengurangkan rasa letih, minum untuk masa yang panjang juga boleh membantu dalam metabolisme.
Jumlah minum: 5-10 Bunga ros, 2-3 cawan sehari, kepekatan sederhana, aroma yang harum.
Sesuai untuk individu: Boleh diambil kedua-dua lelaki atau perempuan, sesuai untuk individu yang banyak tekanan kerja, emosi tidak stabil, payudara sakit & bengkak semasa haid atau wanita yang mempunyai masalah haid.
Tidak sesuai untuk individu: Yin badan lemah dan badan panas, wanita hamil, keadaan badan lemah, semasa haid atau wanita yang haid berlebihan.
3.3 Air Limau

Limau juga dikenali sebagai limau kikit, limau betawi, limau purut, dan limau lekirm.
Dalam ‘中华本草,’ ia dinyatakan bahawa limau mempunyai rasa masam dan manis, sifat sejuk.
Limau mempunyai kesan untuk mengurangkan kahak dan batuk, menghasilkan air liur, meningkatkan fungsi limpa. Limau segar mengandungi pelbagai nutrien, meningkatkan metabolisme, menghilangkan bintik hitam di bawah kulit dan mencerahkan kulit; ia juga boleh meningkatkan pemulihan kulit, mengembalikan keanjalan kulit, produk kecantikan yang semulajadi.
Cara minum: Limau separuh biji, memotong kepingan, rendam air suam, tidak melebihi 1000ml sehari.
Sesuai untuk individu: Boleh diambil oleh semua orang terutamanya individu yang dahaga, panas baran, masalah sistem pencernaan, kekurangan vitamin C
Tidak sesuai untuk individu: Gastritis, asid gastrik berlebihan, karies, pasakit kencing manis
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


