Pesakit: 53 tahun
Tarikh: 2023 April 03, lawatan pertama
Sebab: Hemoptisis (batuk berdarah)


Patient:
“Selamat pagi praktitioner. Masalah yang saya alami sekarang adalah batuk, batuk darah.”

Prac. Liau:
“Sudah berapa lama keadaan ini berterusan ?”

Pesakit:
“3 tahun.”

Prac. Liau:
“Ah ! Sudah 3 tahun batuk berdarah ?”

Pesakit:
“Praktitioner, bahagian dada saya mengalami kecederaan serius 4 tahun lalu, tahun kedua iaitu pada Julai 2020 keadaan batuk darah berlaku. Walaupun cuma bergerak sedikit juga akan muntah darah. Kebelakangan ini keadaan ini semakin kerap.” Beliau kemudian mengambil keluar telefonnya dan tunjukkan keadaan mutah darah.

Prac. Liau:
“Adakah anda mempunyai masalah yang lain ?”

Pesakit:
“Saya sekarang sakit di bahagian leher kanan, tekak kering. Setiap kali batuk berdarah, dapat dengar bunyi berbuih di paru-paru. Bahagian dada turut berasa sakit semasa batuk, begitu juga dengan bahagian otot dalaman. Justeru, saya takut untuk berbatuk, selalu elak daripada kesejukkan, cuma buka kipas di dalam rumah semasa tidur. Kadang-kala juga bangun pada pukul 3-4 pagi untuk meludah kahak darah.”

Selera makan beliau masih baik. Mulut kering menyebabkan kehausan.
Keadaan lidah beliau putih, kesan bergerigi di tepi lidah, warna unggu lebam dalam arteri di bawah lidah.


Pada bulan April, kahak dan batuk beliau berkurangan, batuk berdarah turut berkurangan selepas pemerhatian dan penjagaan yang rapi.

Mempreskripsikan ubat herba tradisi Cina untuk diambil oleh pesakit.


2023 Mei 7hb lawatan kelima:

Prac. Liau:
“Macam mana dengan keadaan kamu kebelakangan ini?”

Pesakit:
“Kadang kala masih ada keadaan batuk berdarah, tetapi kali ini sudah berkurangan. Saya sering dengar suara berbuih di paru-paru sebelum batuk berdarah. Selepas bangun pagi akan batuk kahak kuning tebal. Jika batuk dengan terlalu kuat, bahagian leher dan bahagian tulang selangka akan berasa sakit.”

Prac. Liau:
“Masih ada simptom yang lain ?”

Pesakit:
“Saya berasa sukar lelap selepas terjaga pada waktu tengah malam, kualiti tidur juga terjejas, tetapi berasa mengantuk pada waktu siang.”

Keadaan batuk berdarah telah berkurang, kita membuat temujanji untuk berjumpa selepas 3 minggu. Saya mempreskripsikan ubat herba Cina untuk diteruskan.


2023 Mei 27hb lawatan keenam:

Prac. Liau:
“Bagaimanakah keadaan badan anda ?”

Pesakit:
“Ya ! Saya tidak batuk darah sepanjang 2 minggu yang lalu tetapi mempunyai pengeluaran darah dengan jumlah yang kecil beberapa hari yang lepas.”

Prac. Liau:
“Boleh tolong huraikan ?”

Pesakit:
“Berasa ingin sendawa pada tengah malam semasa tidur, Qi dirasai di bahagian kepala. Keadaan Qi menyebabkan batuk, batuk dengan kuat mempengaruhi keadaan pendarahan.”

Berpesan kepada beliau untuk beristirehat. Meneruskan pengambilan ubat herba Cina berturut-turut selama 2 bulan.


2023 Ogos 20hb lawatan kesepuluh:

Pesakit memberitahu keadaan batuk sudah hampir pulih. Keadaan batuk beliau cuma bertambah teruk pada keadaan sejuk. Pengeluaran darah juga sudah pulih.

Lawatan kali ini adalah berfokus terhadap masalah badan yang lain.


Analisis Kajian Kes :

Pesakit adalah wanita pertengahan umur, kurus, muka nampak layu kuning. Tempoh keadaan batuk berdarah beliau sudah selama 3 tahun, suara bercakap dan pergerakan beliau kecil, risau suara kuat akan menyebabka batuk berdarah. Tahun kedua bahagian dada tercedera, agak-agak pada Julai 2020 simptoms batuk berdarah berlaku. Pergerakan yang minimum juga mungkin batuk berdarah. Dalam sebulan tersebut keadaan kahak darah kerap. Dengar suara berbuih di bahagian paru-paru sebelum batuk. Selepas batuk berdarah, bahagian bawah tulang selangka kanan sakit, kecederaan lama dalaman juga berasa sakit.

Pesakit batuk selama 3 tahun, keadaan badan lemah. Beliau juga tidak berani banyak bergerak, otot kecut, kekurusan. Dengan ketakutan dan kebimbangan untuk jangka masa yang panjang, beliau takut untuk membuat pergerakan besar yang akan menyebabkan batuk. Badan dan minda terjejas. Pada waktu tengah malam, beliau kadang-kadang berasa Qi berada di bahagian kepala dan seterusnya batuk. Batuk di waktu tengah malam juga menjejaskan kualiti tidur menyebabkan keadaan mengantuk pada waktu pagi.

Selepas lawatan untuk lawatan, beliau mengambil ubat herba Cina yang dipreskripsi untuk meningkatkan sistem imun. Seimbangkan Yin dan Yang badan, tidur lena waktu malam, sistem imun ditingkatkan. Beliau juga diminta untuk membuat senaman, mengurangkan ketakutan membuat pergerakan, melancarkan peredaran darah otot. Sedikit demi sedikit, beliau berasa relaks, berani meningkatkan keadaan badan dengan bersenam, batuk pulih, pendarahan turut pulih.


Penjagaan harian:

  1. Penjagaan Makanan.

Kita berpesan pesakit mengelakkan minuman sejuk dan makanan goreng. Makanan yang dari peti sejuk seperti : salad, ais krim, buah dari peti sejuk juga tidak digalakkan, makanan sejuk boleh menyebabkan fungsi sistem pencernaan terjejas. Sistem paru-paru akan kesejukkan, menyebabkan batuk, terutamanya batuk sejuk. Makana goreng akan menyebabkan badan panas, bertimbun di paru-paru, menyebabkan batuk terutamanya batuk panas.

  1. Penjagaan emosi.

Melakukan aktiviti dan berinteraksi dengan alam semulajadi, mendengar muzik, membaca dan segala aktiviti yang menenangkan hati.

  1. Penjagaan mental.

Mengamalkan tabiat tidur yang baik, tidur awal dan bangun awal.

  1. Penjagaan senaman.

Membuat aktiviti luar rumah, menyerap cahaya matahari, apabila badan berpeluh, Qi darah lancar, sistem imun meningkat, Yin Yang badan dapat diseimbangkan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This