Pesakit: Perempuan, 75 tahun
Tarikh: 27 Julai 2023, lawatan pertama
Masalah utama: Batuk 40 tahun, bertambah teruk dalam 1 bulan ini

Pesakit duduk atas kerusi bilik rawatan dan mula batuk, batuk bersuara kuat dengan nafasan berat. Simptom menunjukkan kahak melekat di bahagian saluran pernafasan dan susah dikeluarkan dari paru-paru.
Anak perempuan beliau berkata: “Keadaan batuk mak saya sudah banyak tahun, kita sudah biasa dengan keadaannya tapi kadang-kadang terkejut orang lain.”
“Oh begitu. Hi mak cik, sudah berapa lama kamu batuk?”
“40 tahun.”
“Apa??” Deria pendengaran saya dibuka, saya percaya mata saya sebesar loceng pada masa itu.
“Ha ha! Betul, selepas saya melahirkan anak lelaki bongsu, keadaan batuk ini berterusan hingga kini.”
Agak-agak sebulan lalu, pesakit menghidap Covid 19, keadaan batuk semakin serius selepas pulih.
Beliau meludahkan kahak putih, berbuih dan pekat. Beliau perlu batuk dengan kuat untuk meludahkan kahak dan ini mengganggu kualiti tidur pada waktu malam.
“Adakah anda mempunyai selera makan?”
“Selera makan saya hilang dan berat badan saya asyik menurun baru-baru ini disebabkan oleh batuk.”
Selepas sesi diagnosis, kita mempreskripsikan ubat herba Cina untuk pesakit dan juga dengan menampal ‘San Fu Tie’ yang boleh meningkatkan Yang badan.

2023.07.31 Lawatan kedua:
“Hi TCM Praktitioner, selepas mangambil ubat herba Cina, keadaan batuk berkurangan dan saya dapat tidur dengan lena sehingga waktu pagi. Saya berasa lebih selesa.”
“Dengan bantuan plaster ‘San Fu Tie’, saya rasa badan menjadi hangat dan dapat berpeluh sedikit. Saya sudah lama tidak berpeluh tetapi saya berasa gembira dengan perubahan ini.”
“Salah satu perubahan yang baik ialah saya dapat meludah kahak dengan mudah.”
Keadaan badan pesakit lebih baik, beliau lebih ingin membuat senaman ringan yang meringankan kesakitan sendi.
Beliau meneruskan pengambilan ubat herba Cina.
Analisis Kajian Kes :
Sejarah penyakit: Pada 5 tahun yang lalu tahun 2018, pesakit telah memasuki hospital selama 7 bulan disebabkan oleh penyakit tuberkulosis. Beliau juga menghidap darah tinggi dan kencing manis, mengambil ubat selama 7-8 tahun.
Sepanjang sejarah batuk beliau dalam tempoh 40 tahun yang lepas dan penyakit kronik, kita mengkategorikan batuk beliau batuk berterusan. Keadaan batuk akan merosot terutamanya pada musim hujan atau hujung tahun semasa perubahan musim monsun. Keadaan batuk kadang-kadang disertai dengan gejala asma.

Berdasarkan analisis, badan beliau jenis sejuk dan lemah disebabkan oleh faktor usia dan juga cuaca yan sejuk. Sebab itu masalah batuk beliau berterusan selama 40 tahun dan sering berulangan. Ini mengakibatkan keletihan yang mempengaruhi emosi dan selera makan beliau.
Setiap malam, pesakit harus memaksa sendiri untuk batuk dengan kuat dan ini mempengaruhi kualiti tidur beliau.

Pesakit sudah berumur 75 tahun ini, beliau juga menghidap penyakit kronik disebabkan oleh usia seperti kerap kencing pada waktu malam dan sakit sendi.
Dalam teory TCM, kita percaya jika badan menjadi sejuk, ini memberi kesan kepada paru-paru. Kita mempreskripsikan ubat herba Cina untuk mengekalkan fungsi paru-paru. Kita juga memberikan rawatan ‘San Fu Tie’ untuk meningkatkan Yang badan.

Pada lawatan kedua, pesakit memberitahu bahawa keadaan batuk sudah banyak berkurangan dan beliau dapat tidur sehingga waktu pagi hari kemudian.
Selera pesakit kembali. Sebab kualiti tidur beliau baik, beliau berasa gembira dan ingin bergerak serta membuat senaman yang senang untuk kesihatan sendi.
Tambahan pula, beliau mula dapat berpeluh sedikit selepas menampal ‘San Fu Tie’.

Tips penjagaan semasa batuk:
1. Kawalan pemakanan.

Kita menekankan untuk tidak mengambil minuman sejuk. Makanan atau minuman yang disimpan di dalam peti sejuk seperti, salad, ais cream, buah ais, susu dan yogurt adalah tidak dibenarkan semasa batuk. Makanan manis seperti kek dan pencuci mulut juga tidak digalakkan.
2. Penampalan ‘San Fu Tie’

Kita mengesyorkan pesakit menampal ‘San Fu Tie’ pada waktu matahari yang panas agak-agak 11am hingga 1pm.
Terdapat beberapa acupoint di bawah yang sesuai untuk penampalan: BL13: Feishu, CV10: Xiawan dan KI1: Yongquan
BL13: Feishu 肺俞 treats cough

CV10: Xiawan 下脘 treats digestive issues

KI1: Yongquan 涌泉 treats cold hands and feets

3. Pengawalan kualiti tidur

Pesakit sering batuk pada waktu malam, selepas keadaan batuk dirawat, beliau dapat tidur dengan baik. Dengan itu, kualiti tidur beliau meningkat secara tidak langsung.
4. Selalu bersenam

Kita sering menggalakkan pesakit untuk keluar dan mendapatkan sinaran matahari, berpeluh membantu melancarkan peredaran darah dan Qi. Otot dan sakit sendi akan pulih beransur-ansur. Untuk golongan yang berusia, kita menggalakkan untuk membuat senaman yang senang seperti Tai Ji, Ba Duan Jing (Qi Gong) dan berjalan-jalan di taman.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


