
Pesakit pertama bertanya:
‘hi Pengamal TCM, sistem pencernaan saya lemah, bolehkah saya memakan produk probiotik setiap hari?’
Pesakit kedua bertanya:
‘hi Pengamal TCM, masalah saya ialah sembelit, jikalau saya meminum yogurt adakah ia membenarkan mikroorganisma untuk menyelesaikan masalah saya?’
Pesakit ketiga bertanya:
‘hi Pengamal TCM, adakah kemungkinan saya ketagih memakan produk probiotik? Saya rasa tidak nak bergantung kepadanya sepanjang masa.’
Disebabkan pengumplulan pertanyaan daripada pesakit, sekarang biarkan kita berbincang mitos memakan produk probiotik.
Pertamanya, apakah itu probiotik?

Probiotik ialah mikroorganisma yang hidup dan memanfaatkan fungsi usus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia – World Health Organization (WHO) telah memberikan definisi untuk mikroorganisma hidup di mana apabila diberikan dalam jumlah yang mencukupi, memberikan manfaat kesihatan kepada tuan rumah.

Q: Apakah itu makanan probiotik?
- Banyak makanan probiotik adalah suplemen oral yang mengandungi mikroorganisma yang direka untuk dimakan ke dalam saluran perut dan usus. Beberapa makanan fermentasi seperti yogurt dan kefir dianggap sebagai makanan probiotik kerana mereka juga mengandungi mikroorganisma hidup. Banyak sebahagian makanan fermentasi lain telah dipanaskan pada suhu tinggi, jadi mikroorganisma mungkin telah mati, Maka ia tidak digolongkan sebagai makanan probiotik selagi tiada mikroorganisma hidup.

Q: Adakah makanan fermentasi dan makanan probiotik sama?
- Makanan fermentasi didefinisikan sebagai makanan atau minuman yang dihasilkan melalui pertumbuhan mikroba yang terkawal, dan penukaran komponen makanan melalui tindakan enzim.
Proses ini dilaksanakan oleh mikroorganisma (bakteria, yis, kulat, dll.) dengan memecahkan gula dan menghasilkan asid, gas atau alkohol sebagai hasilnya. Melalui proses fermentasi, rasa dan ciri makanan berubah, dan sebahagian nutrisi pemakanan boleh berubah atau diperkukuhkan.
| Yogurt:
Yogurt adalah makanan yang dihasilkan melalui fermentasi bakteria dari susu. Ia dihasilkan menggunakan kultur Lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium.
|
![]() |
| Kefir:
Kefir adalah minuman susu yang diperam. Mengandungi pelbagai jenis bakteria probiotik dan yis, dan rasanya masam serupa dengan yogurt.
|
![]() |
| Kimchi:
Kimchi adalah hidangan sampingan tradisional Korea yang terdiri daripada sayur-sayuran yang disalai dan diperam, biasanya menggunakan kubis napa atau timun. |
![]() |
| Miso:
Miso adalah perisa tradisional Jepun. Ia adalah pes pekat yang dihasilkan daripada peraman kacang soya. |
![]() |
| Nattō:
Nattō adalah makanan tradisional Jepun yang dibuat daripada buah kacang soya yang telah diperam dengan bakteria Bacillus subtilis natto. |
![]() |
| Kombucha:
Kombucha adalah minuman teh fermentasi yang dihasilkan dengan menambahkan kultur simbiotik bakteria dan ragi ke dalam teh manis. Proses penapaian di mana ragi dan bakteria menukar gula dalam teh menjadi alkohol dan pelbagai asid, memberikan kombucha rasa masam. |
![]() |
| Soy sauce: Kicap adalah condimen cecair yang dibuat daripada pes soya yang difermentasi, bijirin yang dipanggang, garam, dan Aspergillus oryzae .
|
![]() |
| Sourdough: Roti sourdough dibuat daripada adunan yang diperam menggunakan lactobacillaceae dan ragi yang wujud secara semula jadi sebelum dibakar. | ![]() |
Semua makanan probiotik adalah makanan yang diperam; namun, makanan yang diperam tidak semestinya mengandungi bakteria probiotik sepenuhnya. Fermentasi adalah pemprosesan makanan, namun makanan probiotik mengandungi bakteria probiotik yang merupakan mikrob bermanfaat untuk membantu mengawal jenis-jenis bakteria yang berpotensi berbahaya. Perubatan Tradisional Cina menekankan ‘penyeimbangan’ semasa merawat kesihatan. Pengambilan probiotik yang berlebihan akan menyebabkan ketidakseimbangan mikroorganisma, yang boleh menyebabkan gejala lain seperti sendawa, perut kembung, cirit-birit dan selainnya.
Q: Bolehkah kita mengambil produk probiotik setiap hari?
- Secara umumnya, probiotik dianggap selamat untuk diambil oleh orang yang sihat. Namun, dalam jangka panjang, sama ada produk probiotik sesuai untuk penggunaan harian bergantung kepada status kesihatan individu, kategori produk probiotik, dan dos yang diperlukan. Bagi pesakit yang mempunyai masalah usus atau isu sistem imun, adalah sangat disarankan agar mereka mengikuti arahan produk atau merujuk kepada pengamal TCM yang berkaitan untuk diagnosis selanjutnya.
Q: Apakah manfaat probiotik dari segi kesihatan?
Manfaat 1: Meningkatkan proses pencernaan, memperbaiki pergerakan usus.
Probiotik telah menjalankan proses metabolisme dalam saluran pencernaan. Oleh itu, probiotik mungkin berguna untuk penyakit kronik seperti sembelit di kalangan orang tua.
Manfaat 2: Memperbaiki gerak balas alahan sistem imun dan mengurangkan keterukan eczema.
Persatuan Alergi Sedunia – World Allergy Organization (WAO) telah mengesyorkan wanita hamil atau ibu yang menyusu untuk mengambil produk probiotik pada tahun 2015 bagi membantu mengurangkan isu alahan atau ekzema pada bayi.
Manfaat 3: Meningkatkan sistem imun, pencegahan selesema.
Produk probiotik mengandungi jumlah bakteria asid laktik yang besar. Apabila bakteria asid laktik bercampur dengan yis, ia menjadi protein yang kaya dengan pelbagai vitamin B, bermanfaat untuk kanak-kanak, ibu yang berhamil, wanita, warga emas, dan orang yang mempunyai sistem imun yang rendah.
Manfaat 4: Meningkatkan kesihatan usus kanak-kanak dan alahan sistem usus.
Bayi atau kanak-kanak berada dalam peringkat tumbesaran, dan saluran pencernaan mereka masih dalam proses pembangunan, oleh itu penyerapan makanan agak sensitif dan mudah menyebabkan reaksi alahan atau masalah usus seperti sembelit atau keradangan kulit.
Manfaat 5: Perlindungan untuk bahagian sulit wanita, mengurangkan bau yang tidak sedap.
Pelbagai bakteria wujud di bahagian sulit wanita yang menyebabkan kegatalan, rembesan mukus, bau yang tidak menyenangkan dan jangkitan keradangan. Mengambil probiotik berguna untuk merawat atau mencegah keadaan tidak keselesaan ini.
Manfaat 6: Pengurusan berat badan dan membantu mengekalkan bentuk badan.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa probiotik mungkin membantu dalam penurunan berat badan melalui kawalan penyerapan kalori, terutamanya apabila digabungkan dengan senaman secara berkala.
Q: Apakah risiko untuk kita mengambil produk probiotik?
- Walaupun secara amnya dianggap selamat untuk kebanyakan orang, terdapat juga beberapa risiko yang perlu diambil kira apabila mengambil probiotik. Bayi pramatang, individu dengan penyakit serius, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah mungkin juga berisiko mengalami kesan sampingan.
- Ketidakselesaan sistem pencernaan. Kembung perut, cirit-birit atau sembelit adalah kesan sampingan yang paling biasa, tetapi biasanya bersifat sementara dan biasanya terasa pada peringkat awal pengambilan probiotik
- Respons imun. Dalam kes yang jarang berlaku, probiotik mungkin meningkatkan risiko jangkitan pada individu tertentu, seperti individu yang mempunyai sistem imun lemah atau pesakit yang serius seperti pesakit kanser atau penderma organ.
- Ketidakseimbangan antara kategori bakteria yang berlainan. Ketidakseimbangan kategori bakteria yang berlainan boleh menyebabkan golongan bakteria bermanfaat yang bersusut, oleh itu mungkin disyorkan suplemen probiotik tertentu untuk memulihkan keseimbangan yang betul.
- Alahan. Ramai orang mungkin mengalami reaksi alahan apabila mengambil probiotik. Dalam beberapa kes, reaksi alergi mungkin disebabkan oleh bahan tambahan seperti susu lembu. Contoh reaksi alergi termasuk ruam kulit, sesak nafas; apabila gejala ini muncul, mereka perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.
- Bergantung kepada probiotik. Oleh kerana pengambilan probiotik telah dilakukan untuk satu jangka masa, dengan pengambilan pelbagai kombinasi kategori probiotik, apabila salah satu produk probiotik dihentikan, ia menyebabkan ketidakseimbangan bakteria usus.
- Intoleransi laktosa. Sesetengah daripada kita yang merupakan pesakit intoleransi laktosa cenderung mengalami reaksi setelah mengambil produk probiotik seperti yogurt atau serum susu. Reaksi tersebut menyebabkan gejala seperti masalah pencernaan, perut kembung dan sakit perut, dan lain-lain lagi.
Q: Bagaimana kita mengelakkan risiko probiotik?

- Penggunaan yang mencukupi.
- Produk probiotik yang sesuai.
- Tingkatkan dos probiotik secara berperingkat.
- Pemilihan produk probiotik yang baik.
Dari perspektif Perubatan Tradisional Cina – Traditional Chinese Medicine(TCM), bagaimana kita mengerti fungsi probiotik?
- TCM menganggap sistem penghadaman iaitu perut dengan usus, sebagai organ penting untuk mencerna dan menyerap nutrisi dari makanan, menyediakan tenaga dan memastikan aliran darah yang lancar sebagai hasilnya. Probiotik dianggap sebagai fungsi alternatif tambahan untuk membantu pengoperasian sistem pencernaan. Berdasarkan perspektif TCM, probiotik mempunyai hubungan dengan sistem pencernaan kita seperti berikut:
- Meningkatkan fungsi gastrointestinal: Sebagai hasilnya, ia membantu meningkatkan pergerakan usus dan penyerapan nutrisi.
- Menghilangkan lembapan dan menguatkan organ perut dan limpa: Oleh kerana probiotik menyelaraskan pelbagai pembagian kategori bakteria, ia membantu menghapuskan lembapan di dalam badan, seterusnya menguatkan organ perut dan limpa.
- Meningkatkan sistem imun: Dari semasa ke semasa, kita mengekalkan stamina yang baik melalui peningkatan fungsi sistem imun dari probiotik, secara tidak langsung melindungi badan kita daripada serangan mikroorganisma seperti bakteria atau virus.
- Mengimbangi ‘Yin’ dan ‘Yang’: Dengan menyelaraskan pelbagai pembagian kategori bakteria, kita dapat mengimbangi ‘Yin’ dan ‘Yang’ untuk sistem pencernaan.

此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English
















