
Artis wanita sering dilihat duduk bersilang kaki dalam TV masa zaman kanak-kanak, nampak anggun dan boleh mengelakkan pendedahan yang tidak diingini. Saya ingin menjadi seperti mereka dan mula bersilang kaki, tetapi pada masa yang sama, ramai orang berkata bersilang kaki tidak elok dan bersilang kaki akan menyebabkan kaki kelihatan buruk.
Apakah kesan kepada tubuh badan jika bersilang kaki ?

Bayangkan kedua-dua paip dengan saiz yang sama, satu yang lurus, satu lagi yang bengkok 90°, menuangkan air ke dalam paip, air paip yang manakah akan sampai ke hujung dahulu ?
Jelasnya adalah paip yang lurus. Jika paip bengkok 90°dengan saiz yang sama, satunya tiada tekanan luaran, satu lagi sesetengah bahagian sempit yang disebabkan tekanan luaran. Tuangkan air pada masa yang sama, air di dalam paip yang mana satukah mengalir keluar dahulu ?
Tanpa ragu, air di dalam paip yang tiada tekanan luaran mengalir keluar dahulu, laluan dalaman paip sempit yang dikenakan tekanan luaran, air mengalir dengan tidak lancar dan perlahan.

Jadi, postur duduk kita boleh diumpamakan sebagai paip yang bengkok 90°, bersilang kaki pula menyebabkan kedudukan tengah dan berat badan ke sebelah, seperti paip dikenakan tekanan luaran dan ruang dalaman menjadi sempit.

Oleh itu pengaliran darah menjadi lambat, tetapi tubuh badan memerlukan pengaliran darah yang lancar untuk mendapatkan nutrisi. Untuk memastikan bahagian hujung anggota badan mendapat nutrisi yang diperlukan, badan terpaksa meningkatkan tekanan darah untuk menghantarkan darah ke bahagian hujung. Namun saluran darah akan menjadi besar disebabkan oleh tekanan yang meningkat, menyebabkan pembentukan vena varikos.

Titik tengah tubuh badan berat ke sebelah untuk jangka masa yang panjang akan mengakibatkan struktur tulang berubah. Perubahan yang pertama adalah tulang belakang, semasa bersilang kaki, otot di sebelah akan digunakan tetapi otot di sebelah lagi dalam keadaan rileks.
Kekalan postur ini untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan kekuatan kedua-dua belah otot tidak rata dan “ditarik” ke sebelah sahaja.
Akhirnya, untuk mengelakkan tubuh badan senget ke sebelah, scoliosis, ketinggian bahu tidak sama serta kepanjangan kaki tidak sama mungkin berlaku.

Ini adalah situasi di mana otot terpaksa menerima tekanan tidak sekata untuk jangka masa yang panjang menyebabkan sakit pinggang dan kaku bahu dan leher. Tekanan pada satu sisi otot boleh menyebabkan keletihan otot ketika melakukan aktiviti tertentu. Semua ini merupakan jenis keletihan otot yang biasanya tidak terjadi serta-merta, tetapi dengan masa yang panjang. Oleh itu, posisi duduk yang baik boleh mengelakkan keadaan otot merosot.

Posisi duduk yang baik adalah sepatutnya lutut sejajar pinggul, siku membentuk sudut 90° rapat dengan meja, bahu dan leher dalam keadaan rileks.
Jika perlu duduk untuk jangka masa yang panjang, elakkan daripada duduk separuh atau 1/3 kerusi. Sebaliknya, dudukkan bahagian punggung ke bahagian paling dalam kerusi, belakang kerusi menyokong bahagian pinggang.
Salah satu perkara yang sering diabaikan adalah memastikan kaki diletakkan rata di atas lantai. Jika ketinggian kerusi disesuaikan dengan ketinggian meja, menyebabkan kaki tergantung di udara, letakkan bangku kecil di hadapan untuk menyokong kaki.
Posisi ini mungkin juga menyebabkan ketidakselesaan kepada sesetengah orang yang kekurangan kekuatan dalam otot inti (core).
Dengan melatih kumpulan otot inti, bahagian atas badan dapat disokong dengan lebih baik.
Apabila bercakap mengenai otot inti, mungkin ramai yang terfikir tentang six pack, tetapi sebenarnya ia tidak hanya terhad kepada otot perut. Kumpulan otot inti merujuk kepada otot-otot rektus abdominis yang melilit sekeliling abdomen, otot-otot yang menstabilkan tulang belakang di bahagian pinggang, kumpulan otot punggul, otot dasar pelvis, dll.
Apabila kumpulan otot inti lebih kuat, tulang belakang dapat disokong dengan lebih baik, membolehkan kita untuk mengekalkan posisi duduk yang baik untuk jangka masa yang lebih panjang.

Terdapat beberapa jenis senaman untuk melatih otot inti termasuk plank, bridge, sit-up, pos locust, dll. Walaupun senaman-senaman ini kelihatan mudah, sebenarnya terdapat banyak butiran kecil yang perlu diberi perhatian untuk latihan otot tanpa menambahkan kesakitan pada bahagian pinggang.
Selain daripada senaman-senaman ini, latihan pernafasan perut juga boleh dicuba. Ini tidak hanya membantu menguatkan kumpulan otot inti, tetapi juga membantu meningkatkan pengambilan oksigen dan mencapai peredaran darah yang lancar.

Posisi duduk yang sempurna seperti buku teks boleh menjamin sakit pinggang dan masalah peredaran darah tidak berlaku?
Jawapannya adalah ia masih akan berlaku. Tidak bersilang kaki dan mengekalkan postur duduk yang baik untuk jangka masa yang panjang masih akan menyebabkan otot dibeban untuk jangka masa panjang. Postur yang baik boleh mengurangkan pengaliran darah tidak lancar dan kecederaan duduk dengan masa yang panjang, aktiviti yang sederhana dan regangan otot adalah penting untuk masalah badan sakit dan masalah pengaliran darah.

此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


