Pesakit: 53 tahun
Tarikh: 19 Ogos 2023, Lawatan pertama
Sebab: Kesan sampingan selepas selesema, bertambah teruk dalam 1 bulan
Pesakit adalah seorang profesor kolej, kerja sibuk. Pada hujung bulan Jun 2022, beliau didiagnos positif Covid-19. Beliau berasa badan panas, tekanan darah meningkat, batuk yang serius, sakit perut dan sakit kepala. Beliau memilih untuk masuk wad disebabkan oleh keadaan yang agak serius.
Pesakit bagitau:”TCM Praktitioner, keadaan mental saya tidak baik pada 2 bulan pertama semasa saya memasuki wad pada Jun tahun lepas. Insomnia. Ketidakstabilan emosi, panik, takut, badan menggigil semasa keadaan serius. Saya ingat masa itu saya takut dengan bunyi yang kuat, tidak ingin berkomunikasi dengan orang lain.” Sebab beliau selalu berasa panas dalam badan dan berjumpa dengan Ginekologi, doktor menilai keadaan beliau mungkit disebabkan oleh Menopaus. Haid beliau berhenti selama 1 tahun sejak tahun lepas.
November 2022, pesakit mendapatkan pembedahan Hernia Hiatus Esophagus, palpitasi berkurangan. Selepas Covid-19 tahun lepas, keadaan badan beliau berubah-ubah. Masalah sistem pencernaan bertambah berat dalam sebulan ini.
Pesakit berkata:”saya berasa perut kembung dan kentut, berasa angin naik ke atas dari perut, melalui Esofagus ke tekak. Gastritis dan rasa kebakaran jantung. Selalu rasa masam di tekak dan mulut. Belakang dan kaki pun berasa kembung, tidak tahu masalah di mana. Sukar berhajat besar dan keras.”
Qi limpa dan perut lemah, sebab tidak selesa di bahagian perut otot ketat. Kita menjalankan rawatan Perubatan Tradisional Cina.
2023, 26 Ogos, lawatan kedua:
Pesakit berasa keadaan perut kembung bertambah baik, rasa kebakaran jantung juga berkurangan. Kualiti tidur baik, keadaan panik bertambah baik. Beliau berkata:”Perut mudah berasa lapar, tangan menggigil semasa lapar. 5 minit hingga sejam selepas siap makan berasa angin naik ke atas, bahagian muka sakit bengkak, berasa muka “berangin”. Semasa berhajat besar angin naik dan muka juga sakit.
Kita meneruskan rawatan perubatan tradisional Cina.
2023, 2 September, lawatan ketiga:
Pesakit berkata keadaan beliau bertambah baik.
Saya bertanya:”Macam mana hari ini?”
Pesakit menjawab:”Kualiti tidur baik, cuma selepas makan atau tersalah makan baru rasa perut kembung, keadaan panik berkurangan, sekarang saya boleh memandu ke kerja.”
Gembira untuk pesakit, kehidupan harian terjejas disebabkan oleh ketidakstabilan emosi, sekarang beliau dapat memandu ke kerja, ini adalah proses yang menghala ke badan yang sihat.
2023, 23 Septembet, lawatan keempat:
Beliau memberitahu simptom atau keadaan semakin baik, tetapi belum sembuh.
Pesakit berkata:” Termakan makanan yang mengakibatkan perut kembung seperti: rambutan, langsat, Choi Sam dll, rasa sakit dan bengkak pada bahagian muka akan bertambah.”
Analisis Kajian Kes :
Pesakit positif Covid pada hujung bulan Jun 2022. Badan beliau panas, tekanan darah meningkat dan simptom batuk serius, sakit perut dengan sakit kepala. Beliau membuat keputusan untuk memasuki wad sebab keadaannya agak serius. Pada 2 bulan yang pertama, beliau menderita dan emosi juga dipengaruh oleh sindrom neurogenic, contohnya: masalah tidur dan masalah psikologi seperti ketakutan, menggigil, kerisauan. Tidak ingin mendengar suara kuat dan tidak ingin berkomunikasi.
Nov 2022, pesakit menjalankan pembedahan hernia hiatal. Doktor diagnos palpitasi beliau adalah disebabkan oleh sistem pencernaan. Kelajuan degupan jantung menjadi normal dan perasaan ketakutan beliau berkurangan selepas pembedahan.
Pesakit memberitahu beliau rasa perut kembung selepas makan, rasa masam seperti hati membakar, mempengaruhi bahagian tekak, mulut dan juga belakang serta kaki bengkak semasa lawatan pertama.
Sistem pencernaan dan emosi berkait rapat. Masalah pesakit rasa masam seperti hati membakar di TCM adalah berkaitan dengan Qi air bergerak ke atas. Ketidakselesaan ini mengakibatkan beban psikologi sebab keadaannya bukan sahaja mempengaruh tekak mulut, ia juga mempangaruh belakang dan kaki. Di samping itu juga munculnya masalah tidur dan psikologi seperti ketakutan, menggigil serta kerisauan. Akhirnya mempengaruhi hubungan dengan orang sekeliling, beliau adalah profesor sekolah, harus kerap berinterasi dengan murid-murid. Tetapi beliau tidak ingin berkomunikasi dan tidak ingin dengar bunyi atau suara besar dipengaruhi oleh emosi negatif beliau.
Selepas rawatan, perubatan TCM memperbaiki keadaan sistem pencernaan pesakit, beliau juga merasai masalah ini dibantu, emosi negatif beliau juga berkurangan. Pemikiran yang tidak ingin berkomunikasi juga berkurangan. Pesakit mula kembali ke tempat kerja dan mengekalkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya.
Penjagaan harian:
- Penjagaan Makanan.
Kita meminta pesakit mengelakkan minuman sejuk dan makanan goreng. Makanan di peti ais seperti: salad, ais kream, buah sejuk juga harus dielak, makanan sejuk memudaratkan sistem pencernaan. Makanan goreng boleh mengakibatkan badan panas, mempengaruhi keseimbangan Yin Yang badan.
- Penjagaan emosi.
Melakukan aktiviti dan berinteraksi dengan alam semulajadi, mendengar muzik, membaca dan segala aktiviti yang menenangkan hati.
- Penjagaan mental.
Mengamalkan tabiat tidur yang baik, tidur awal dan bangun awal.
- Penjagaan senaman.
Melibatkan diri dengan aktiviti di luar, menerima sinaran cahaya matahari, badan berpeluh, peredaran darah lancar, Qi darah lancar, sakit sendi juga berkurangan.
- Meluaskan kenalan kumpulan kawan.
Banyak melakukan aktiviti atau hobi yang berminat, mendapat kawan baru dan memperluaskan pandangan.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English