Gout adalah jenis artritis yang komplex dan biasa dinampak, ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang tinggi dan pengendapan kristal asid urik dalam sendi bertambah. Sakit sendi secara tiba- tiba sering berlaku pada waktu malam, bahagian sendi sakit, bengkak, merah dan keradangan, kesakitan akan berkurangan dan hilang, berterusan selama berapa hari, berapa minggu atau lebih lama. Setiap peringkat umur juga berkemungkinan menghidap gout, kadar menghidap gout pada lelaki lebih tinggi daripada wanita, nisbahnya kira-kira 20:1.



Pantang larang gout

1) Kurangkan makanan kaya purin:

(1) Organ dalaman haiwan seperti: hati, usus, buah pinggang dan otak.
(2) Makanan laut seperti: abalon, ketam, udang galah, salmon, sardin, tuna, karper, kerapu laut, trout dan kod.
(3) Hidangan kerang seperti: clams, tiram, kerang, scallops, dan siput.
(4) Kacang-kacang/sayur-sayuran seperti: kacang soya, kacang dal, rumpai laut, cendawan dll, semua kaya dengan purin yang tinggi.

2) Elakkan pengambilan alkohol:

terutamanya bir dan wiski, alkohol menyebabkan penimbunan asid laktik dalam badan, menghalang pengeluaran asid urik dan mengakibatkan gout.

3) Elakkan pengambilan makanan bersifat asid, goreng dan berlemak tinggi:

Pengambilan lemak harian untuk penghidap gout dicadangkan sekitar 50g, penggunaan minyak berasaskan tumbuhan, mengurangkan pengambilan lemak haiwan.

4) Elakkan pengambilan garam berlebihan:

kerana natrium dalam garam menggalakkan pengendapan asid urik, pengambilan garam haridn patut dihadkan antara 2g hingga 5g.



Kesesuaian gout

1) Makan makanan rendah purin:

(1) Makanan utama:
Beras (termasuk beras putih, jagung, millet, pulut dll.), gandum (termasuk barli, gandum, oats, quinoa, bijirin dll.), produk berasaskan tepung (tepung gandum putih, mi, tepung jagung, roti kukus, roti, biskut), biskut soda, pastry mentega, kanji, macaroni, kentang, ubi keledek, yams, mihoon dll.

(2) Tenusu:
susu segar, susu pekat, keju, susu tepung dll.

(3) Daging dan telur: Telur ayam, telur itik, telur diawet, darah khinzir, darah ituk, darah ayam dll.

(4) Sayur: Kubis cina, kubis, bayam merah, sayur tong hao, sederi, sawi, daun lobak, air bawang daun, tomato, terung, pelbagai jenis labu(timun, winter melon, sponge gourd, pumpkin, bottle gourd, peria dll.), Lobak (termasuk lobak merah, lobak kering, dll), bell peppers, bawang besar, bawang kecil, bawang putih biji, bawang putih batang, halia, cendawan telinga kayu, cili, jeruk, sayur masin, etc.

(5) Buah-buahan: Epal, pisang, kurma merah, kurma hitam, pir, mangga, oren, lemon, anggur, delima, peach, nanas, loih, tembikai, betik, kismis, longan kering, dll.

(6) Minuman: soda, air mineral, teh, jus buah, coklat, koko, jeli dll.

(7) Lain: mentega kacang, jem, kicap soya, gula winter melon, madu, minyak masak (kacang bunga matahari, minyak sayuran, mentega, krim, almond, walnut, hazelnut), jagung Mutiara, buah kering, gula, jellyfish, rumpai laut, dll.

2) Makanan yang mengandungi jumlah purin serdeharna yang patut diambil dalam kuantiti yang terhad termasuk:

(1) Kacang dan produknya: produk soya (tofu, tofu kering, susu soya, tau kua), kacang kering (kacang hijau, kacang merah, kacang hitam, broad beans), taugeh, soybean shoots.

(2) Daging: Ayam, burung kuang, kalkun, itik, angsa, merpati, khinzir, kulit khinzir, lembu, kambing, dll.

(3) Hidupan laut: Ikan rumput, ikan mas, cod, ikan lidah, ikan bercupin, ikan keli, mackerel, ketam, ikan belut, ikan konger, siput laut, abalon, bola ikan, sirip yu.

(4) Sayur: bayam, pucuk buluh (pucuk buluh musim sejuk, asparagus, pucuk buluh kering), kacang (kacang string, kacang hijau, kidney beans, kacang pelepah, peas), rumpai laut, jarum emas, kulat putih, cendawan, selasih, cauliflower, watercress.

(5) Minyak dan lain: Kacang, kacang gajus, biji wijen, chestnuts, biji teratai, almonds. Walaupun makanan-makanan ini mempunyai kandungan purin yang sederhana, penghidap gout juga harus mengambil secara sederhana.

3) Pengambilan air yang mencukupi:

2000ml hingga 3000ml sehari untuk memudahkan pengeluaran asid urik.

4) Menjaga berat badan:

Jika berat badan berlebihan atau obesiti, pengurangan berat badan adalah digalakkan. Tetapi pengurangan berat badan harus dilakukan beransur-ansuran untuk mengelakkan ketosis atau serangan gout akut.

5) Mengambil makanan yang kaya dengan kalium:

seperti pisang, brokoli dan saderi. Kalium boleh mengurangk an penyejatan asid urik dan membantu mengeluarkan asid urik dari badan. Meningkatkan pengambilan makanan alkali seperti rumpai laut, kobis, saderi, timun, epal, tomato dan buah-buahan alkali lain.

6) Melakukan senaman aerobic sederhana:

Semasa merawat gout, TCM mencadangkan untuk melibatkan peningkatan tenaga Qi, peningkatan peredaran darah dan peningkatan tenaga buah pinggang. Semasa peredaran tenaga Qi dan darah lancer, asid urik akan berkurangan. Contoh kepada senaman yang bersesuaian termasuk berenang, TaiChi dll.



Apa yang perlu anda buat semasa mengalami gout

1) Mengangkat bahagian yang terlibat:

Jika bahagian sendi yang mengalami gout bengkak dan sakit meradang, anda boleh berbaring dan mengangkat anggota badan tersebut untuk darah mengalir ke hati. Ini membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kesakitan.

2) Menggunakan pek ais:

Menggunakan pek ais boleh mengurangkan sakit gout. Jika mengalami simptom gout, meletakkan pek ais pada bahagian tersebut 15 minit, tidak menggunakan pek ais untuk masa yang terlalu panjang untuk mengelakkan kecederaan kulit.

3) Menenangkan badan untuk mengurangkan stres:

Stress yang terlalu banyak akan memudaratkan keadaan gout. Oleh itu, semasa simptom gout berlaku, menenangkan badan dan minda. Bernafas perlahan-lahan boleh membantu mengurangkan kesakitan.

4) Memastikan air yang mencukupi:

Banyak penghidap gout mempunyai keadaan meradang dan bengkak pada kawasan yang terjejas. Memastikan minum air yang mencukupi boleh membantu kencing, asid urik dapat dikeluarkan dengan air kencing dan mengurangkan keadaan gout.

5) Rawatan perubatan:

Ini termasuk kedua-dua perubatan barat dan TCM. Perubatan barat sering menggunakan nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) atau colchicine. TCM pula menumpu mengurangkan kepanasan, Traditional Chinese medicine focuses on clearing heat, menggalakkan diuresis, mengurangkan sakit bengkak, mengeluarkan angin lembap dan membantu peredaran darah. Perubatan harus diambil di bawah panduan pakar perubatan bukan digunakan sembarangan.

6) Terapi lain:

Akupuntur, mengurut, fisioterapi dan aplikasi topical juga ada kesan terapeutik dan melegakan kesakitan.

Kaedah-kaedah di atas adalah untuk kelegaan sementara atau untuk gejala gout yang ringan. Sekiranya kesakitan teruk atau keadaan serius, sila mendapatkan rawatan di hospital atau klinik yang berprestij.



Diet untuk pesakit gout

1) Bubur biji selasih:

biji selasih, beras, air

– Ambil jumlah biji selasih dan beras yang sesuai, dengan nisbah kira-kira 3 banding 1.
– Rendam biji selasih dalam air selama 4-5 jam dan rendam beras selama 30 minit.
– Kemudian campur kedua-duanya dan masak dengan air sehingga menjadi bubur.

2) Sup labu:

labu, kurma merah, halia halus

– 300g labu (tanpa kulit), 5-6 biji kurma merah dan sedikit halia halus.
– Pertama, tumis halia halus dalam minyak sehingga harum. Kemudian masukkan labu yang telah dipotong dan kurma merah dalam periuk, menambah air dan perasa.
– Masak hingga menjadi sup.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This