
Bahasa:
Fasih: Bahasa Cina, Hakka, Bahasa Melayu
Bertutur: Bahasa Inggeris, Kantonis
Pendidikan
– Kolej Perubatan Tradisional Cina Kuala Lumpur
– Ijazah Sarjana Muda (Barchelor), Universiti Perubatan Tradisional Cina HeiLongJIang
– Pengamal Perubatan Tradisional Cina Berdaftar dengan Persekutuan Perubatan Cina Malaysia
– Pengamal Berdaftar di
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari – Kementerian Kesihatan Malaysia
Pengamal TCM Wong Chun Woon berasal daripada keluarga pengamal perubatan tradisional Cina dan telah mempelajari ilmu perubatan Cina sejak kecil. Beliau mempunyai sekitar 8–9 tahun pengalaman dalam bidang akupunktur, urutan titik akupresur (tui na) dan pembetulan tulang.
Beliau mengamalkan rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan setiap pesakit. Akupunktur digunakan untuk membantu mengawal keseimbangan tubuh dan menangani pelbagai masalah kesihatan, termasuk pemulihan selepas strok. Rawatan tui na pula membantu mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah serta meningkatkan keselesaan badan.
Bagi rawatan pembetulan tulang, penilaian menyeluruh akan dilakukan terlebih dahulu sebelum membetulkan masalah postur seperti skoliosis, ketidakseimbangan pelvis, bahu membongkok dan bongkok belakang secara lembut dan berperingkat.
Beliau pernah menjalani latihan klinikal di Jabatan Akupunktur dan Tui Na, Rehabilitasi serta Endokrinologi di Heilongjiang University of Chinese Medicine. Pengamal TCM Wong sentiasa mengutamakan komunikasi yang baik, pemerhatian yang teliti dan penjagaan yang berkualiti bagi memastikan pesakit berasa selesa dan yakin sepanjang proses rawatan.