Pesakit: 41 tahun
Tarikh: 16 July 2023, Lawatan pertama
Sebab utama: Sakit tumit kiri selama 1 minggu

Pesakit memberitahu bahawa beliau sibuk kebelakangan ini, berjalan banyak dan minum lebih banyak minuman sejuk. Minggu ini, beliau berasa sakit di bahagian tumit kaki kiri. Semasa memijak atas lantai semasa bangun pagi, tumit berasa sakit dan menjadi lebih serius. Selepas itu, beliau datang untuk mendapatkan rawatan.



【Diagnosis】

Ketika menjalani pemeriksaan, semasa menekan dengan perlahan pada bahagian yang tidak selesa beliau mengatakan kakinya amat sakit. Kesakitan ini adalah penolakan yang jelas diringi dengan sensasi kesemutan.

Otot bahagian betis dan tumit berasa tegang.

Diagnosis asas boleh disahkan kesakitan beliau adalah disebabkan oleh regangan fasia tumit.

Selepas pemeriksaan dan diagnosis, pesakit dijemput ke bilik rawatan dan berbaring untuk menjalankan rawatan.



【Rawatan】

Mengurangkan menekan bahagian yang dalam kesakitan kerana jika menekan atau Tuina kemungkinan besar kesakitan bahagian tersebut akan menjadi lebih serius.

Selepas rawatan Tuina dan akupuntur, pesakit diminta untuk bangun dari katil rawatan serta cuba untuk jalan. “Pesakit berasa lebih selesa pada bahagian tumit dan betis semasa berjalan, kesakitan juga berkurangan.”

“Setelah bahagian yang kesakitan diberi rawatan, sekarang berasa kesakitan kekurangan semasa berjalan tetapi ia juga memerlukan berapa hari untuk pulih, cuba berjalan dengan lebih perlahan dan mengurangkan tabiat minum minuman sejuk. “

“Saya akan memberikan ubat herba tradisional Cina, selain daripada mengubahbaikan badan, ia juga membantu melancarkan peredaran darah. Saya akan memberikan ubat plaster luaran untuk menguatkan bahagian tumit.”

Sebelum pesakit keluar dari bilik rawatan, saya memberitahu pula: “Mengamalkan tabiat memakai selipar dalam rumah boleh menghangatkan kaki dan membantu melancarkan peredaran darah, ingat mengambil dan menampal ubat tepat pada masanya dan kesakitan akan berkurangan selepas itu.”



Lawatan susulan: 21 Julai 2023

5 hari kemudian, pesakit kembali untuk mendapatkan konsultasi.

Selepas mengambil dan menampal ubat herba tradisional untuk 5 hari, beliau memberitahu gejala sakit tumit bertukar dari rasa kesemutan kepada rasa ketat, kesakitan semasa memijak atas lantai pada waktu bangun pagi juga bertambah baik.

Semasa membuat pemeriksaan pada tumit beliau, dari rasa sakit semasa menekan dengan perlahan kepada kesakitan yang banyak berkurangan, otot juga tidak begitu ketat.

Kali ini, melalui rawatan Tuina dan akupuntur, otot tumit dan betis boleh dikuatkan dan peredaran darah dilancarkan.

Selepas rawatan, pesakit berasa lebih selesa pada bahagian tersebut dan boleh berjalan tanpa kesakitan.

“Berdasarkan keadaan tumit, untuk mengukuhkan kesan penyembuhan, saya akan memberikan ubat herba tradisional cina untuk pengambilan dan ubat plaster luaran untuk diteruska.”



【Tips mengurangkan kesakitan tumit】

1. Menyentuh bahagian cedera dan merasa suhu kulit. Jika bahagian tersebut berasa panas dan lebih sakit semasa menyentuh, pek sejuk boleh digunakan selama 10-15 minit untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.

2. Sebaliknya, jika suhu kulit pada bahagian sakit normal semasa penyetuhan dan berasa ketat, pek panas boleh digunakan selama 10-15 minit, suhu pek panas tidak melebihi 45°C untuk mengelakkan kecederaan bakar pada kulit. Kompres panas boleh melegakan otot yang tegang dan melancarkan peredaran darah.

3. Mengamalkan tabiat memakai selipar di rumah. Kaki memijak terus atas lantai yang sejuk untuk masa yang lama akan mempengaruh peredaran darah kaki dan akan menyebabkan sakit tumit.

4. Berjalan-jalan untuk 30-45 minit adalah digalakkan untuk menguatkan otot serta melancarkan peredaran darah betis dan tumit.

5. Jika kesakitan tumit berterusan dan tidak menambahbaik, sila berjumpa dengan TCM Practitioner yang boleh mengendalikan keadaan kecederaan otot untuk rawatan, elakkan penangguhan masa rawatan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This