Pesakit: 18 tahun
Tarikh : 19 Disember 2023, Lawatan Pertama
Sebab: Sakit pada kaki kiri dan tidak dapat berjalan 2 hari

Semasa pesakit masuk ke bilik rawatan, beliau melompat masuk dengan satu kaki.

Pesakit memberitahu beliau terpijak kosong dan terseliuh semasa berjalan-jalan. Beliau datang mendapatkan rawatan sebab kaki tersebut akan berasa amat sakit jika memijak lantai, tidak dapat berjalan dengan normal, tidak dapat tidur disebabkan oleh kesakitan kaki.



【Diagnosis】

Selepas mengetahui keadaan pesakit, beliau diminta masuk dan baring atas katil rawatan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Semasa membuat pemeriksaan,sendi kaki kiri berdekatan bahagian luar bengkak, semasa menyentuh berasa panas, beliau juga berasa amat sakit dengan sentuhan yang lembut dan rasa sakit ini berterusan.

Memeriksa adakah sendi pergelangan kaki tercedera dan menyingkirkan kemungkinan kecederaan sendi pergelangan kaki.

Diagnosis asas kepada keadaan pesakit adalah kecederaan ligamen sendi pergelangan kaki, beliau tidak dapat memijak lantai adalah sebab kecederaan tersebut masih di peringkat meradang.


【Rawatan】

Semasa membuat rawatan, mengurangkan menekan dan menolak bahagian yang meradang, bahagian tersebut mungkin akan menjadi lebih serius dan juga dicederakan sekali lagi jika berbuat demikian.

Selepas terapi otot dan akupuntur, bahagian yang bengkak sudah banyak mereda, membalut bahagian cedera dengan ubat luaran membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan keradangan dan menstabilkan sendi.

Sebelum meminta pesakit turun dari katil rawatan, beberapa cara jalan untuk mengurangkan kesakitan juga diajar, ini juga mengelakkan beliau melompat dengan satu kaki.

Pesakit cuba memijak lantai tetapi masih berasa sakit, saya menjawab:”Ini adalah normal, bahagian yang tercedera masih meradang, kaki akan diberi tekanan semasa berjalan, jadi kaki masih akan berasa sakit, menggunakan cara berjalan yang diajar tadi, kesakitan akan berkurangan, tetapi 2-3 hari rehat juga diperlukan.”

“Saya akan mempresripsikan herba Cina untuk diminum, selain daripada memulihkan masalah kaki, ia juga boleh membantu dengan masalah kembung perut, saya juga akan bagi ubat luaran untuk dibalut untuk mengurangkan keradangan dan melancarkan peredaran darah.”

Sebelum pesakit keliar, saya menasihatkan:”Rehat untuk berapa hari ini, kurangkan berjalan, ingat makan dan membalut ubat, selepas itu kesakitan akan banyak berkurangan.”



Lawatan kedua : 23 Disember 2023

Selepas 3 hari mengambil dan membalut ubat herba Cina, pesakit boleh berjalan masuk ke bilik rawatan dengan normal.

Pesakit memberi maklum balas beliau sudah boleh berjalan seperti biasa dengan tidak berasa sakit, masalah kembung perut beliau juga turut berkurangan pada masa yang sama.

Membuat pemeriksaan sekali lagi dengan kaki pesakit, masalah meradang sudah tiada, tetapi masih berasa sedikit sakit bila menekan.

Melalui rawatan TuiNa dan akupuntur, membantu mengurangkan tekanan otot bahagian belakang kaki dan tapak kaki, melancarkan peredaran darah bahagian cedera dan memulih lingkungan pergerakan sendi kaki.

Pesakit berasa lebih selesa selepas rawatan.

“Sebab ligamen sendi pergelangan kaki masih belum pulih sepenuhnya, saya akan mempreskrisikan ubat herba Cina untuk diambil dan dibalut, keadaan kaki akan pulih selepas itu.”


【Tips penjagaan kecederaan ligamen sendi pergelangan kaki】

1. Berehat sebanyak mungkin jika tercedera, kurangkan berjalan, tidak digalakkan berdiri dan berjalan untuk jangka masa yang panjang, ini adalah untuk mengelakkan tekanan diberikan kepada bahagian cedera dan memudaratkan kecederaan.

2. Memakai selipar di rumah atau memakai kasut sukan di luar, ini boleh mengurangkan kesakitan memijak lantai.

3. Boleh menggunakan cara kompress panas atau kompress sejuk, merujuk kepada Cara membantu kecederaan terseliuh : Kompress panas atau sejuk ?

4. Jika kesakitan tidak direda berapa hari selepas cedera, sila berjumpa dengan doktor atau praktitioner TCM yang berpengalaman untuk membuat pemeriksaan dan merawat, tidak menundakan masa rawatan.

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This