Apakah itu Bell’s palsy?

Bell’s palsy juga dikenali sebagai kelumpuhan saraf muka.

Terutamanya merujuk kepada kelumpuhan pada otot muka. Penyakit ini adalah kerosakan saraf muka yang disebabkan oleh pelbagai punca.

Ditunjukkan sebagai gangguan fungsi motor otot ekspresi muka, seperti mulut senget, ketidakupayaan untuk menaikkan kening apabila membuat ekspresi, tiada kerutan dahi, ketidakupayaan untuk menutup mata sepenuhnya, kehilangan lipatan nasolabial pada bahagian yang terjejas, mulut senget ke sisi yang sihat, ketidakupayaan untuk mengembang, kebocoran apabila minum air.

Kebanyakannya disebabkan oleh saraf muka yang dirangsang oleh angin, sejuk, pencerobohan virus atau keletihan yang berlebihan.



Tanda-tanda Bell’s Palsy

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana bell’s palsy boleh berlaku tanpa sebarang tanda amaran. Malah, mungkin ia mempunyai tanda amaran tetapi diabaikan oleh kita.

Tanda 1: Ketidakselesaan telinga
Ini kerana saraf muka diserang oleh virus, seperti pencerobohan angin, sejuk atau haba menyebabkan saraf muka tegang seterusnya akan menarik otot telinga dan menyebabkan ketidakselesaan pada telinga. Jika kes yang teruk, ia juga boleh menyebabkan sakit telinga. Walau bagaimanapun, ramai orang akan mengabaikan tanda ini kerana kebanyakan masa gejala ini masih ringan. Mereka tidak pernah menyangka bahawa ia adalah tanda utama kepada bell’s palsy!

Tanda 2: Penggegaran tidak disengajakan pada kelopak mata
Kadang-kadang, apabila sebelah kelopak mata menggeletar sedikit, kita akan fikir ia hanyalah kelopak mata yang berkedut, malah kita akan bergurau tentangnya. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak mengetahui bahawa jenaka anda mungkin ialah petanda penyakit tersembunyi anda! Terutama apabila anda menutup mata anda dengan kuat, anda mungkin merasakan sedikit pengecutan otot yang menggeletar pada satu sisi kelopak mata atas, tetapi tidak merasa pada sisi sebelah. Pada masa ini, anda harus memberi perhatian sama ada anda mungkin mengalami bell’s palsy.

Tanda 3: Kemurungan atau kerja berlebihan yang berpanjangan
Ramai orang akan mengalami tempoh kemurungan yang lama sebelum bell’s palsy berlaku dan ditambah pula dengan gaya hidup yang tidak teratur, tidur lewat selamanya dan tabiat buruk akan membawa kepada penurunan imuniti badan. Inilah yang dikatakan oleh perubatan tradisional Cina “kekurangan tenaga”. Sebaik sahaja angin masuk ke dalam badan, kebarangkalian untuk mendapat bell’s palsy pada hari keesokan adalah sangat tinggi.



Dengan 6 langkah di bawah, anda boleh menguji sama ada bell’s palsy berlaku:

1. Angkat dahi: Untuk melihat sama ada kedutan dahi simetri atau sebelah tidak boleh diangkat.

2. Berkerut dahi: Untuk melihat sama ada anda boleh mengerutkan dahi dengan selesa.
3. Tutup mata: Untuk melihat sama ada anda boleh menutup mata sepenuhnya atau sebelah tidak boleh menutupnya dengan mudah.
4. Gembangkan pipi: Untuk melihat sama ada terdapat kebocoran udara.
5. Bandingkan hidung, mulut dan mata: Untuk melihat sama ada ia simetri.
6. Cuba bersiul: Untuk melihat anda boleh bersiul.



Reaksi pertama selepas mendengar pasal muka lumpuh: adakah saya mengalami strok?

Bertenang! Walaupun strok juga boleh menyebabkan muka lumpuh, tetapi terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Bell’s palsy: Saraf muka terjejas, masalah utamanya adalah muka dan bahagian lain tidak terjejas.
Strok: Saraf otak terjejas dan masalahnya bukan sahaja pada muka mungkin juga dengan masalah pada anggota badan, bahasa, dan kesedaran.

Namun begitu, strok juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka, banyak punca yang boleh menyebabkan bell’s palsy.

Boleh klik di sini untuk membaca artikel mengenai “Lumpuh muka ≠ Strok” dan mengetahui lebih lanjut.


Kelumpuhan muka boleh dibahagikan kepada:

Kelumpuhan muka juga terbahagi kepada dua, kerana walaupun kedua-duanya menmpunyai tanda yang “mulut terkulai”, tetapi masih terdapat perbezaan dalam gejala.

1. Kelumpuhan muka periferi

  • 70% daripada kes lumpuh muka adalah kelumpuhan muka periferi
  • Tanda utamanya ialah kelumpuhan lengkap pada sebelah muka
  • Permulaan berlaku pantas, biasanya berlaku dalam beberapa jam atau hari
  • Punca utama:
    • Punca yang paling biasa ialah kelumpuhan saraf muka idiopatik. Ini dipanggil sebagai idiopatik kerana puncanya tidak diketahui jadi ia mungkin berkaitan dengan pelbagai faktor seperti jangkitan virus (seperti virus herpes), tindak balas autoimun (letih, sejuk), dan iskemia vaskular.
    • Trauma muka adalah punca kedua yang terbesar: seperti patah tulang dan luka juga boleh merosakkan saraf muka secara langsung.

2. Kelumpuhan muka sentral

  • Gejala utama ialah kelumpuhan pada bahagian bawah muka, mungkin disertai dengan kelemahan pada tangan dan kaki.
  • Punca utama: Biasanya disebabkan oleh lesi otak (seperti strok, ketumbuhan), mengakibatkan kerosakan pada korteks serebrum atau otak kortikal. Yang paling biasa ialah infarksi serebrum, pendarahan serebrum, ketumbuhan otak, ensefalitis atau trauma otak, yang memerlukan pemeriksaan CT/MRI kepala dengan segera.

 

Perbezaan antara kelumpuhan muka periferi dan kelumpuhan muka sentral

Kelumpuhan muka periferi Kelumpuhan muka sentral
Kedutan dahi Kedutan sebelah dahi akan menjadi lebih ringan atau hilang, dan anda tidak boleh menaikkan kening anda Kedutan dahi di kedua-dua belah adalah simetri, tanpa menjadi lebih ringan atau hilang dan kedua-duanya boleh menaikkan kening
Mata Mata tidak dapat menutup sepenuhnya atau menutup tetapi lebih lemah daripada bahagian yang tidak terjejas Kedua-dua mata boleh menutup sepenuhnya
Lain-lain Tiada kelemahan anggota badan, gangguan pertuturan dan gangguan mental Gejala termasuk kelemahan anggota badan, gangguan pertuturan, dan gangguan mental

 

Ciri-ciri Kelumpuhan muka periferi Kelumpuhan muka sentral
Keadaan Serius Ringan
Simptom Kelumpuhan otot muka mengakibatkan kehilangan ekspresi muka Menjejaskan bahagian bawah muka pada bahagian yang bertentangan dengan lesi otak (kehilangan lipatan nasolabial, mulut terkulai)
Pemulihan Lambat Cepat
Punca Keradangan dan pembengkakan pada saraf muka Penyakit serebrovaskular dan ketumbuhan otak


Latihan pemulihan untuk bell’s palsy:

Menaikkan kening, menutup mata, mengerutkan hidung, menunjukkan gigi dan mengembang pipi anda di hadapan cermin. Mengulang dan mengamalkan setiap pergerakan berkali-kali setiap hari. Ini boleh menguatkan otot muka anda, meningkatkan keupayaan saraf untuk mengawal otot dan menggalakkan proses pemulihan.

  • Pergerakan 1: Naikkan kening (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 2: Kening berkerut (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 3: Menutup mata (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 4: Mengerut hidung (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 5: Menunjuk gigi (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 6: Mengembang pipi (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 7: Mengedut bibir (tahan selama 5 saat, dan kemudian berehat)
  • Pergerakan 8: Pergerakan lidah (gerakkan lidah anda ke atas, bawah, kiri dan kanan, tahan selama 5 saat setiap satu, dan kemudian berehat)

 

此文章还有以下语言版本: 简体中文 (Chinese (Simplified)) English

error: Content is protected !!

Pin It on Pinterest

Share This