
Pesakit: Lelaki, 75 tahunTarikh: Lawatan Pertama – 22 Ogos 2024
Aduan Utama: Suara serak selama tiga bulan
Sejarah Perubatan:
Tiga bulan lalu, pesakit telah didiagnosis dengan polip pada pita suara di hospital. Bulan November tahun lalu 2023, beliau mengalami saluran darah jantung tersumbat dan telah menjalani pembedahan kardiovaskular. Beliau mengambil ubat-ubatan arat termasuk ubat jantung dan kolesterol.
Pesakit, lelaki berusia 75 tahun, berjalan terhincut-hincut. Ditemani oleh anak perempuannya, beliau perlahan-lahan melangkah masuk ke bilik perundingan dan menceritakan sejarah kesihatannya.

Dengan suara yang serak, pesakit berkata:
“Doktor, saya ada polip pada pita suara.”
“Ya, suara encik memang serak!”
“Betul, doktor. Ada cara tak untuk pulihkan suara saya?”
Pesakit sangat risau sama ada suaranya boleh kembali seperti sediakala dan kelihatan agak cemas.
“Sejak bila keadaan ini berlaku?”
“Lebih dari tiga bulan.”
“Oh! Berdasarkan suara encik, tekak encik seolah-olah tersumbat dengan kahak!”
“Ya, kahak saya sangat pekat dan rasa sukar dikeluarkan.”
“Ada masalah untuk menelan makanan?”
“Tiada, normal.”
Melalui soal jawab, pemeriksaan nadi dan lidah, didapati tubuh pesakit cenderung kepada keadaan ‘sejuk’. Disebabkan beliau tidak tahan panas, beliau telah membiasakan diri dengan tabiat suka kepada kesejukan.
Pesakit diberikan ubat herba untuk memulihkan tenaga ‘Yang’ dalam badan. Beliau dinasihatkan untuk datang semula selepas seminggu untuk pemeriksaan susulan.

Lawatan Kedua – 30 Ogos 2024:
Pesakit melaporkan bahawa suaranya kadangkala kembali normal, tetapi kebanyakan masanya masih serak.
Pesakit digalakkan untuk terus mengambil ubat herba sebagai rawatan.
Pesakit menyuarakan kebimbangan bahawa polip pada pita suara mungkin bertukar menjadi ketumbuhan kanser. Selepas mendengar kebimbangannya, pesakit diberi sokongan emosi dan dibimbing untuk menerima kehadiran polip itu. Kami turut berkongsi amalan gaya hidup untuk mencegah polip daripada menjadi lebih teruk.
Lawatan Ketiga – 13 September 2024:
Pesakit kembali dengan suara yang lebih terang. Walaupun kadang-kadang masih serak dan terdapat kahak di tekak, beliau mula menerima polip pita suara. Tahap kebimbangannya berkurang, dan akhirnya, senyuman yang lama tidak kelihatan muncul di wajahnya.
Lawatan Keempat – 28 September 2024:
Suara pesakit telah hampir pulih seperti biasa ketika bercakap. Kadang-kala masih serak atau tekak tersumbat dengan kahak. Jelas kelihatannya emosi pesakit lebih ceria berbanding sebelumnya.

Analisis Kes:
Pesakit selalu berasa panas, beliau telah lama mengamalkan tabiat suka kepada kesejukan. Beliau tidur dengan penghawa dingin selama beberapa jam setiap malam di samping menggunakan kipas. Apabila melakukan kerja rumah hingga berpeluh, beliau suka membiarkan badan terkena tiupan kipas secara langsung sebab sering merasakan badan panas. Dulu, beliau juga kerap mengalami ulser mulut. Dari segi pemakanan, beliau gemar minuman sejuk, walaupun kebiasaan ini telah berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan. Beliau kadang-kala mengalami perut kembung, tidak bersendawa, dan sekali-sekala kentut. Buang air besar sekali sehari.
Secara keseluruhan, pesakit asalnya mempunyai tubuh yang kuat dan berasa panas. Namun, disebabkan oleh tabiat lama yang gemar terhadap kesejukan seperti minuman sejuk dan tidur dalam persekitaran sejuk, tenaga ‘Yang’ dalam tubuhnya semakin lemah, menyebabkan kekurangan tenaga dan kesejukan dalaman. Akhirnya, ini membawa kepada pembentukan polip pada pita suara.
Polip pita suara boleh menyebabkan pita suara tidak dapat menutup dengan sempurna, mengubah kualiti suara – termasuk nada, kekuatan, dan warna suara – menjadikan suara serak atau kasar. Pesakit juga bimbang bahawa polip ini akan menjadi ketumbuhan yang ganas. Selepas mendengar kebimbangannya, pesakit diberi nasihat dan galakan untuk menerima keadaan ini. Doktor turut berkongsi gaya hidup pencegahan termasuk: elakkan pendedahan kepada kesejukan, elakkan tiupan terus kipas atau penghawa dingin selepas berpeluh, dan elakkan makanan atau minuman sejuk.
Penjagaan Harian:
1. Kawanlan Pemakanan:
Pesakit diarahkan untuk mengelakkan minuman sejuk, makanan bergoreng dan pedas. Makanan sejuk dari peti sejuk seperti salad, aiskrim, dan buah beku juga tidak dibenarkan. Makanan sejuk boleh melemahkan sistem pencernaan. Makanan bergoreng dan pedas pula boleh menyebabkan haba dalaman dan mengganggu keseimbangan ‘yin-yang’ badan.

2. Pengurusan Emosi:
Galakkan pesakit untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar, menikmati alam semula jadi, mendengar muzik lembut, membaca buku, dan melakukan aktiviti yang menenangkan minda.
3. Kesihatan Mental:
Amalkan waktu tidur yang baik – tidur awal dan bangun awal.

4. Senaman:
Banyakkan aktiviti luar dan dedahkan diri kepada cahaya matahari. Berpeluh membantu melancarkan peredaran darah, yang boleh mempercepatkan pemulihan suara.
5. Sosialisasi:
Galakkan pesakit untuk melibatkan diri dalam hobi dan aktiviti yang diminati untuk mengenali rakan baharu dan meluaskan pandangan hidup.
此文章还有以下语言版本:
简体中文 (Chinese (Simplified))
English


